Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua destinasi di seluruh rangkaiannya di Asia Pasifik, Asia Barat dan Amerika Syarikat.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran itu bermula dari 15 Mei hingga 21 Mei bagi tempoh perjalanan antara 5 September tahun ini hingga 8 Februari tahun depan dan boleh ditempah menerusi laman web airasia.com atau aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih.
"Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu," kata syarikat penerbangan itu.
Selain daripada tambang rendah tersebut, syarikat itu berkata pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga 50 peratus apabila mereka memilih tempat duduk pilihan mereka menerusi pilihan ''Pick A Seat'' Airasia.
Airasia berkata promosi 50 peratus itu juga layak bagi pelanggan syarikat penerbangan gabungannya, AirAsia X, yang memilih tempat duduk Zon Senyap atau Premium Flatbed, yang disertakan dengan peruntukan bagasi percuma 40 kilogram serta banyak lagi manfaat.
"Selain itu, pelanggan yang memilih Premium Flatbed yang terbang dari Kuala Lumpur akan menikmati akses ke AsiaAsia Premium Red Lounge secara percuma," kata syarikat itu.
Sejak mula beroperasi pada 2001, AirAsia mempunyai operasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina serta India dan Jepun, dengan rangkaian merangkumi seluruh Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017
Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.
PM Perancis Bayrou terselamat undi tidak percaya
Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou, berjaya mempertahankan kerajaan minoriti baharunya selepas terselamat daripada undi tidak percaya.
Parti Sosialis berhaluan kiri-tengah memilih untuk tidak menyokong usul tersebut.
Parti Sosialis berhaluan kiri-tengah memilih untuk tidak menyokong usul tersebut.
Sektor kewangan terima 2.3 juta aduan sejak lima tahun lepas
Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan.
GISB: 448 kanak-kanak telah diserahkan, masih ada 107 lagi
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyerahkan 448 kanak-kanak dikaitkan dengan Global Ikhwan Sdn bhd (GISB) Holdings kepada ibu bapa mereka serta orang layak dan sesuai.
Media sosial: Tiktok mungkin kekal di A.S jika perjanjian baharu dimeterai
Penasihat keselamatan negara yang bakal dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump, menyatakan bahawa pentadbiran baharu akan memastikan TikTok kekal beroperasi di Amerika Syarikat jika terdapat perjanjian yang berdaya maju.
Sindiket ditumpaskan, dadah RM4 juta dirampas
Polis menumpaskan sindiket pemngedaran dadah dengan nilai rampasan lebih RM4 juta.
5 individu bebas kes pencemaran Minyak Sungai Gong
Empat lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang pada Jumaat, atas dua pertuduhan melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya ke Sungai Gong.
Bekas Gabenor Bank Kanada umum tanding jawatan ganti Trudeau
Bekas Gabenor Bank Kanada, Mark Carney, telah mengumumkan pencalonannya untuk menggantikan Perdana Menteri Justin Trudeau sebagai pemimpin Parti Liberal.
Beliau menyatakan hasrat untuk menumpukan kepada pemulihan ekonomi yang kini menghadapi cabaran besar.
Beliau menyatakan hasrat untuk menumpukan kepada pemulihan ekonomi yang kini menghadapi cabaran besar.
Menteri Luar ASEAN tiba di Langkawi hadir permukiman di bawah Kepengerusian Malaysia 2025
Menteri Luar dari Asia Tenggara mula tiba di Langkawi untuk Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang dijadualkan bermula pada Sabtu.
[TERKINI] Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan Melaka pada petang Khamis.
KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.