Penduduk di beberapa perkampungan di Sungai Lui yang kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memohon supaya keperluan asas yang disalurkan kepada mereka dapat dilengkapkan mengikut keperluan rumah.
Salah seorang penduduk di Kampung Batu 23 Sungai Lui, Farizuan Abdul Hamid berkata wujud keperluan lain dalam kalangan penduduk tertentu untuk mendapatkan bekalan seperti telur, lampin pakai buang bayi, susu formula bayi dan beberapa keperluan lain.
“Kalau daripada kekurangan itu, sebenarnya kalau boleh ditambah baik keperluan asas macam telur. Ada orang kampung cakap kehabisan gas untuk memasak.
“Susu formula bayi, lampin pakai buang pun sudah kekurangan stok. Itu antara barang penting termasuk bawang dan barang asas lain yang sangat diperlukan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dia turut berharap supaya pihak berkuasa dapat memberi kelonggaran dan budi bicara kepada sesetengah individu yang ingin mendapatkan bekalan yang penting.
Ditanya berkenaan tahap kesediaan mental penduduk di kawasannya, Farizuan berkata buat masa ini mereka masih lagi terkawal dan saling berhubung antara satu sama lain.
“Setakat saya di Batu 23, tengok dari segi mental masih baik. Kita saling berhubung melalui aplikasi WhatsApp. Mental terkawal lagi.
“Kami tidak minta banyak bantuan, cuma keperluan asas untuk bagi orang kampung bertenang sikit,” katanya.
Antara keperluan yang telah diterimanya buat masa ini adalah adalah sardin tin, susu pekat manis, beras, teh serbuk, gula, garam dan biskut.
Kawasan Batu 21 hingga 24 Sungai Lui, Hulu Langat pula menjadi PKPD kedua dan berkuatkuasa pada 12 malam Ahad.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 31 2020
Bantuan bekalan mula diagihkan kepada penduduk setempat di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat. - Foto Penduduk Batu 23 Sungai Lui
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Kes pertama varian Omicron di Malaysia, 7 kontak rapat disah negatif COVID-19
Kesemua tujuh kontak rapat kes pertama varian Omicron disahkan negatif selepas menjalani ujian RT-PCR.
Omicron: Tidak perlu terlalu bimbang jika patuh SOP - Pakar
Menurut Prof Madya Dr Malina Osman, keadaan COVID-19 negara masih terkawal walaupun ada kemungkinan terdapat beberapa kes Omicron yang lain.
COVID-19: Kes positif di IKEA Damansara
Cawangan itu ditutup mulai hari ini selepas beberapa kakitangan didapati positif COVID-19.
Banjir: Jumlah mangsa di pusat pemindahan seluruh negara menurun
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan seluruh negara menunjukkan penurunan, setakat 12 tengah hari ini berbanding sebelah pagi tadi.
COVID-19: 62 lagi kes baharu dicatatkan - KKM
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes jangkitan Pandemik COVID-19 di negara ini ketika ini ialah 10,031 kes.
Maybank, Top Glove, Public Bank: Syarikat terbesar Malaysia
Public Bank yang terkenal dengan dana bersama mempunyai permodalan pasaran RM69.5 bilion setakat semalam.
Angka kematian sebenar COVID-19 di UK dipertikai
Statistik rasmi negara itu dilaporkan tidak mengambil kira kesemua kematian di pusat jagaan warga emas.
Pandemik ini membuka pekung tentang masyarakat kita yang sebenarnya - rapuh dan tidak adil
Pandemik ini membuka pekung tentang masyarakat kita yang sebenarnya - rapuh dan tidak adil, tidak upaya membuat keutamaan sekalipun sedang berada dalam persoalan hidup dan mati.
Arahan PKPD: "Kami tidak minta banyak" - Penduduk rayu keperluan asas
Wujud keperluan lain dalam kalangan penduduk tertentu untuk mendapatkan bekalan seperti telur, lampin pakai buang bayi, susu formula bayi dan beberapa keperluan lain.
COVID-19: Malaysia hubungi Kemboja, perjelas kes penumpang kapal persiaran Westerdam
Kerajaan Malaysia hari ini telah berhubung dengan dengan Kerajaan Kemboja susulan satu kes positif COVID-19 yang dikesan terhadap seorang penumpang kapal persiaran, MS Westerdam.