Pasangan bapa dan anak warga Australia maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah kenderaan lain di Kilometer 3.6 Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran Horizon Hills, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata mangsa adalah Troy Justin Youngnickel, 45, yang bekerja sebagai pengarah projek reka bentuk dan anak lelakinya, Jai Geofrey Roy Youngnickel, 4.
"Kemalangan berlaku kira-kira 12.50 tengah hari ketika Youngnickel dan anaknya itu sedang dalam perjalanan dari arah bandar raya ini menuju ke arah Kota Iskandar.
"Dipercayai kenderaan Toyota Hilux dipandu Youngnickel terbabas dan melanggar besi penghadang jalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah Toyota Vellfire," katanya di sini hari ini.
Noor Hashim berkata kedua-dua beranak yang beralamat di Jalan East Ledang, Iskandar Puteri, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan kerana tersepit di dalam kenderaan.
Beliau berkata pemandu Toyota Vellfire, Muhd Hafifi Hafiz Abu, 31, dan penumpangnya, Liew Sun Wen, 18, yang merupakan seorang pelajar, mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah, di sini.
Katanya mayat dua beranak itu turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.
"Toyota Hilux itu mengalami kerosakan pada keseluruhan bahagian manakala Toyota Vellfire pula hanya rosak di bahagian hadapan.
"Kemalangan berlaku ketika hujan, namun, tiada sebarang kekeliruan tanda jalan," katanya.
Menurut Noor Hashim kemalangan terbabit sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2017

Pasangan bapa dan anak warga Australia maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah kenderaan lain di Kilometer 3.6 Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran Horizon Hills, di sini hari ini. -Bernama

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.
Agenda AWANI: Kumpulan MBI Selangor | Pemacu pertumbuhan ekonomi & kemakmuran negeri
Sejauh mana potensi dan strategi Kumpulan MBI Selangor memacu perkembangan ekonomi, pembangunan kapasiti dan tadbir urus lestari? Bagaimana adaptasi inovasi dan teknologi mencipta peluang dan manfaat kepada rakyat Selangor? Diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Putera Hisahito Jepun, kedua dalam turunan takhta, ikrar penuhi peranan
Putera Hisahito berkata peranan simbolik maharaja "ialah satu kehadiran yang sentiasa memikirkan rakyat dan kekal hampir dengan mereka."

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.

Bapa, anak warga Australia maut dalam kemalangan
Kemalangan berlaku kira-kira 12.50 tengah hari ketika Youngnickel dan anaknya sedang dalam perjalanan dari arah bandar raya ini menuju ke arah Kota Iskandar.