JOHOR BAHRU: Gara-gara tidak mahu menerima teguran supaya memperlahankan suara, seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak menetak rakan serumah menggunakan parang sebanyak tiga kali di bahagian kepala, dalam kejadian di Taman Nusa Bestari, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan itu pada pukul 5.15 petang dan ketika sampai di lokasi iaitu di tingkat tiga sebuah bilik sewa, pihaknya mendapati seorang lagi lelaki tempatan berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai perabot, telah berlumuran darah.
"Punca kejadian didapati individu terbabit disyaki tidak mahu menerima teguran daripada mangsa untuk memperlahankan nada suara semasa bercakap, kerana mangsa sedang berbual melalui telefon di dalam biliknya.
"Apabila mangsa keluar dari bilik, individu itu telah mendekati mangsa dan mengeluarkan parang berukuran kira-kira 37.7 sentimeter dari dalam seluarnya, dan terus menetak mangsa.
"Selepas ditetak, mangsa melarikan diri dan turun ke tingkat bawah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat saksi, polis menahan lelaki berumur 23 tahun di tempat kejadian dan ujian saringan air kencing ke atas pekerja kilang itu adalah negatif, serta bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Katanya, manakala mangsa yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini dan berada dalam keadaan stabil.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021

Senjata yang digunakan suspek untuk menetak rakan serumahnya. -Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Berang ditegur, lelaki tetak rakan serumah
Suspek disyaki tidak mahu menerima teguran daripada mangsa untuk memperlahankan nada suara semasa berbual di telefon.

Berang ditegur, lelaki pijak perut dan tendang isteri
Lelaki itu ditegur kerana sering membawa bersama anak perempuan mereka yang berusia enam tahun keluar pada waktu malam untuk minum minuman keras.