ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Jun 2021.
1. [LAPOR LANGSUNG] Dr Mahathir, Shafie Apdal antara ahli politik menghadap Agong hari ini
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin yang dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini, selain Datuk Seri Maximus Ongkili dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
2. Keputusan SPM 2020 catat GPN 4.80, terbaik dalam tempoh 5 tahun - Radzi Jidin
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional 4.80 berbanding 4.86 pada 2019, pencapaian terbaik sejak 2016.
3. 'Saya masih MB' - Ahmad Samsuri
Menteri Besar Terengganu berseloroh ketika diminta mengulas spekulasi yang mengaitkan dirinya kini tersepit dengan istana sehubungan dakwaan wujud usaha Pas untuk mengambil alih jawatannya.
4. Vaksin COVID-19: Tak perlu rumitkan keadaan, kajian luar negara mencukupi - Pengamal Perubatan Swasta
Kempen vaksinasi di Malaysia berjalan perlahan, antara lain berpunca dari proses penilaian yang perlu dilalui sebelum mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 daripada pengeluar, kata Dr Steven Chow.
5. Tiga hari bertarung nyawa, warga emas melecur dalam kebakaran meninggal dunia
Mangsa, Jusoh Muda, 82 tahun, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.31 pagi ini ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
6. Bekas pemimpin STAR mengaku tidak bersalah cabul peserta Unduk Ngadau
Phillip Among mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini hari ini atas lima pertuduhan termasuk mencabul dua wanita bulan lalu.
7. Agong tanya bila waktu sesuai adakan PRU15 - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertanya kepadanya mengenai waktu yang sesuai bagi negara mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
8. Dr Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong
Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'​ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
9. Prof Dr Muhaya mohon maaf isu 'buat bodoh-bodoh'
Pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memohon maaf atas salah faham susulan kenyataan "wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit" dalam satu klip video yang tular di media sosial baru-baru ini.
10. LRT bertembung: Laporan siasatan sah insiden akibat kecuaian, pengabaian SOP
Laporan Jawatankuasa Siasatan Insiden Perlanggaran Tren LRT Kelana Jaya, mengesahkan insiden tren bertembung berhampiran Stesen KLCC pada 24 Mei lalu berpunca akibat kecuaian manusia.
Astro Awani
Thu Jun 10 2021

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Jun 2021.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Februari 2025.