KEMAMAN: Lengang dan sunyi itulah suasana di deretan gerai jualan lemang di Kijal, Kemaman yang sebelum ini meriah yang sering kali menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan lemang yang tidak bermusim itu.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh sejak Mei lalu sekali gus merubah keriuhan dan kemeriahan kawasan yang terkenal dengan jolokan wilayah lemang itu.
Menurut seorang peniaga Zabidah Ismail, lazimnya lokasi jualan yang terletak berhampiran jalan utama itu meriah dengan pelanggan untuk mendapatkan makanan yang berasaskan beras dan pulut untuk dijadikan buah tangan dan sebaliknya.
Namun kemeriahan dan kerancakan sektor jualan itu telah diragut sekaligus menyebabkan sumber pendapatan mereka terjejas.
Katanya jika sebelum ini dia mampu menjual lebih 100 batang lemang sehari namun kini untuk menghabiskan 40 batang lemang sehari amat sukar.
"Dulu berniaga beratus-ratus batang lemang boleh habis tapi kini hanya boleh buat dalam 15 kilogram beras, dulu dalam 30 kilogram.
"Saya tak pandai berniaga dalam talian, cuma harapkan pelanggan dekat-dekat sahaja," ujarnya.
Zabidah berkata dia bersama suaminya hampir 28 tahun bergelumang dengan kepulan asap dan api yang menjadi sumber pendapatan utamanya.
Katanya menerusi hasil perniagaan lemang berkenaan dia membesarkan empat anaknya yang berusia 23 hingga 13 tahun.
Namun kini rutin itu terpaksa dilakukan sendiri ada kala dibantu anaknya selepas suaminya disahkan menghidap penyakit jantung.
Zabidah turut meluahkan kebimbangan jika keadaan itu berterusan sekaligus menyaksikan punca pendapatannya akan terus merosot.
Zabidah berkata kira-kira jam 8 pagi dia akan membanting tulang empat keratnya untuk memulakan perniagaan.
Walaupun hasil jualan merosot lebih 50 peratus namun dia tetap membuka gerainya memandangkan banyak komitmen yang perlu dijelaskan.
Nur Fazlizai Ali
Wed Jun 30 2021

Menurut seorang peniaga Zabidah Ismail, lazimnya lokasi jualan yang terletak berhampiran jalan utama itu meriah dengan pelanggan. - Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kenaikan kos bahan mentah bukan alasan peniaga naikkan harga lemang
Peniaga lemang Zaim Abdullah di Kepala Batas buat keputusan kekalkan harga jualan lemang.

Gerai lemang di Kijal sunyi
Lengang dan sunyi itulah suasana di deretan gerai jualan lemang di Kijal, Kemaman yang sebelum ini meriah.

Suri rumah jana RM1,000 sehari jual lemang periuk kera
Biarpun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sejak enam tahun lepas, dia tidak menang tangan menerima tempahan sejak awal Ramadan.

Tinjauan Astro AWANI: Apakah nasib si penjual lemang tatkala PKP?
Berbekalkan pengalaman daripada PKP lepas, penjual lemang menggunakan kaedah berbeza iaitu platform dalam talian untuk mempromosikan jualan lemangnya.

'Lemang meriam' gegar warga Perak
Seorang pengusaha tampil kreatif dengan menyiapkan lemang gergasi untuk warga Ipoh sehingga mendapat permintaan tinggi walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda.

Lemang daun tebu lebih enak dan wangi
Barangkali, sebilangan besar daripada kita tidak pernah mendengar juadah lemang daun tebu.

Lemang periuk kera timbulkan keresahan pencinta alam
Pencinta alam bimbang kerana penuaian kelongsong periuk kera secara keterlaluan boleh membawa kepada kepupusan spesis tumbuhan itu.

Lemang sushi yang unik, hanya di Kuala Pilah
Inovasi lemang sushi yang diperkenalkan pengusahanya, Zuriati Sulaiman, di pekan Kuala Pilah, mula dikenali sejak awal tahun lalu.

Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri
Umumnya lemang, makanan tradisional yang sinonim dengan sambutan hari raya di negara ini, dimasak berlapikkan daun pisang, namun bagi mereka yang berasal dari pantai timur khususnya, lemang daun lerek

Lemang MRR2 kekal pilihan warga Lembah Klang
Tinjauan mendapati tahun ini juga tiada bezanya dengan pengusaha gerai seperti 'Pak Ali Lemang Asli', 'Pak Dean Lemang Tradisi' dan 'Pak Ya', tidak menang tangan melayan pelanggan.