Skip to main content

Malaysia

Jerebu: KPM lanjut tempoh pengisian markah UASA, peperiksaan akhir sesi akademik dan PAJSK

Tarikh akhir pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dilanjutkan selama seminggu, iaitu daripada 21 Nov kepada 28 Nov ini.
Tarikh akhir pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dilanjutkan selama seminggu, iaitu daripada 21 Nov kepada 28 Nov ini.

Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tempoh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran persekolahan dalam Sistem Pengurusan Pendidikan Bersepadu (MOEIS) susulan gangguan sesi persekolahan dan pelaksanaan pentaksiran akibat jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tarikh akhir pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dilanjutkan selama seminggu, iaitu daripada 21 Nov kepada 28 Nov ini.

Selain itu, tarikh akhir pengisian markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) turut dilanjutkan daripada 30 Nov kepada 5 Dis ini.

“Dengan pelanjutan pengisian markah ini, diharapkan murid, guru dan ibu bapa serta penjaga akan lebih selesa bagi pelaksanaan proses pengisian markah dalam sistem MOEIS KPM kelak," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement