SEPANG: Landasan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menyokong pemulihan operasi penerbangan, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata landasan itu lulus dalam pemeriksaan audit dan kalibrasi dilakukan baru-baru ini oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Langkah kerja-kerja pemulihan itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Kemampanan Landasan KLIA yang mengandungi kerangka penuh untuk keselamatan operasi penerbangan yang berterusan di lapangan terbang tersebut.
"Siap dalam tempoh enam bulan mengikut jadual, langkahl-langkah kerja pemulihan itu terdiri daripada kerja-kerja penyelenggaraan komprehensif yang selesai tepat pada masanya seiring dengan pemulihanan perjalanan udara kerana imuniti kelompok bagi mencegah jangkitan COVID-19 sudah dapat dicapai apabila negara-negara di seluruh dunia mempercepatkan program vaksinasi dan inisiatif," katanya.
Selain itu, landasan KLIA ketiga telah menjalani langkah pemulihan yang sama tahun lepas ketika MAHB meneruskan pelaburannya yang kritikal walaupun menjalankan langkah pencegahan yang agresif untuk memastikan kesediaan lapangan terbang dan memulihkan keyakinan penumpang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Datuk Mohd Shukrie Salleh berkata kumpulan itu kekal komited untuk menyediakan kemudahan terbaik bagi pengalaman perjalanan terbaik melalui lapangan terbangnya dan tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan operasi lapangan terbang.
"Ketika ini sebanyak 51 syarikat penerbangan terdiri daripada 41 penumpang komersial dan 10 syarikat penerbangan kargo beroperasi di KLIA, ia menyumbang peningkatan sebanyak 77.4 peratus tahun ke tahun dalam pergerakan penerbangan bulan lalu," katanya.
Beliau berkata pergerakan penumpang juga meningkat sebanyak 88.2 peratus tahun ke tahun bulan lepas, mencatatkan sebanyak 166,000 penumpang.
Mohd Shukrie berkata kenaikan pergerakan penerbangan menekankan betapa pentingnya meningkatkan penawaran MAHB terutama selepas pengumuman baru-baru ini mengenai kemungkinan membenarkan mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya untuk melakukan perjalanan rentas negeri atau ke luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021
MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata landasan itu lulus dalam pemeriksaan audit dan kalibrasi dilakukan baru-baru ini oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). - Gambar hiasan
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Landasan 1 di KLIA pulih sepenuhnya - MAHB
Landasan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menyokong pemulihan operasi penerbangan, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).