Skip to main content

Malaysia

AS mahu perkukuh hubungan dengan Malaysia - Rubio

U.S. Secretary of State Marco Rubio attends a bilateral meeting between U.S. President Donald Trump and the Emir of Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, on the sidelines of the G7 summit, in Evian-les-Bains, France, June 16, 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein
Amerika Syarikat (AS), sebagai antara pelabur dan rakan dagang utama Malaysia, berharap dapat terus memperkukuh hubungan dengan negara ini pada tahun-tahun akan datang, kata Marco Rubio. - Gambar fail/ Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS), sebagai antara pelabur dan rakan dagang utama Malaysia, berharap dapat terus memperkukuh hubungan dengan negara ini pada tahun-tahun akan datang, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Rubio berkata, AS dan Malaysia berkongsi hubungan yang erat dan berkekalan, berteraskan hubungan ekonomi yang kukuh, ikatan antara rakyat serta komitmen bersama terhadap kebebasan pelayaran di Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

“Bagi pihak Amerika Syarikat, saya menyampaikan ucapan tahniah dan mesra kepada rakyat Malaysia sempena ulang tahun ke-69 kemerdekaan Malaysia,” kata beliau dalam perutusan yang dimuat naik di laman media sosial Kedutaan AS di Kuala Lumpur pada Selasa.

“Pada kesempatan istimewa ini, saya mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia terus menikmati keamanan dan kemakmuran,” kata Rubio. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement