Kepelbagaian makanan tradisional yang dimiliki Malaysia dilihat mampu menjadi daya tarikan pelancong Indonesia apabila sajian makanan pelbagai kaum di Malaysia semakin popular di restoran dan hotel-hotel di ibu negara berkenaan.
Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, promosi makanan Malaysia di Indonesia itu akan menjadi satu nilai tambah baharu untuk para pelancong republik itu menikmati percutian mereka di Malaysia.
Katanya, strategi memperkenalkan Malaysia sebagai ''syurga makanan'' adalah pendekatan baharu untuk mempertingkatkan industri pelancongan negara kerana selain dari berkunjung ke tempat-tempat menarik dan membeli-belah, pelancong ke Malaysia juga akan mahu menikmati masakan khas sesebuah negara.
"Makanan adalah produk yang boleh diangkat sebagai produk pelancongan bagi menarik pelancong dari Indonesia memandangkan rakyat negara ini adalah antara yang paling ramai mengunjungi Malaysia," katanya ketika merasmikan Promosi Makanan Malaysia di sebuah hotel di Depok, kira-kira 60km dari sini, malam tadi.
Beliau berkata, syarikat pelancongan domestik dan antarabangsa juga digesa menyediakan tawaran pakej percutian menarik berkaitan produk makanan dalam usaha menarik pelancong dalam dan luar negara.
MAKANAN - MALAYSIA 2 (AKHIR) JAKARTA
Sempena dengan promosi makanan Malaysia itu, Tourism Malaysia di Indonesia membawa beberapa chef dari Malaysia untuk menunjuk ajar masakan asli Malaysia kepada chef-chef hotel di Indonesia.
Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia, Roslan Othman berkata, Indonesia adalah negara kedua tertinggi jumlah pelancong yang mengunjungi Malaysia dan pihaknya sedang berusaha mempelbagaikan produk pelancongan di peringkat negeri-negeri.
"Buat permulaan, kita menyediakan pakej-pakej pelancongan di negeri-negeri seperti makanan di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan kita akan perbanyakkan pakej ini dengan promosi makanan di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata, kerjasama mempromosi makanan itu dikendalikan secara bersama antara hotel-hotel di Indonesia dan Malaysia untuk membawa chef untuk memberi menu dan resepi masakan Malaysia itu.
Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Jakarta , Pradi Supriata berkata, promosi makanan Malaysia itu adalah sesuatu yang dikagumi kerana tidak ramai rakyat di ibu kota itu mengenali makanan Malaysai sebelum ini.
Katanya, kerjasama antara chef Malaysia dengan chef Indonesia untuk bertukar ilmu masakan dan rahsia resepi adalah sesuatu yang luar biasa dan kerjasama itu harus diperluaskan di tahap latihan profesional.
"Kita ingin melihat sesuatu yang lebih jauh dari itu iaitu meminta industri perhotelan Malaysia menerima pelajar dari kota ini untuk membuat latihan industri supaya mereka dapat mengembangkan ilmu di peringkat bertaraf antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2017

Strategi memperkenalkan Malaysia sebagai 'syurga makanan' adalah pendekatan baharu untuk mempertingkatkan industri pelancongan negara. - Gambar fail

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Video 'deepfake' Prabowo jadi bahan perdaya rakyat Indonesia
Video penipuan menggunakan teknologi 'deepfake' berjaya memperdayakan ribuan rakyat Indonesia.

Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus sempena Aidilfitri
Pengurangan harga itu mencerminkan komitmen kerajaan menyokong rakyat yang merancang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang penetapan yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

"Yulia bukan pembantu rumah, dia sebahagian daripada keluarga kami"
Rafidah Partiman dan Ahmad Hakimi Tajuk Arus antara majikan bertuah yang pernah menerima kehadiran pembantu rumah yang bertanggungjawab.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.