KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata masih terdapat peruntukan dan program bernilai RM305 bilion selain Pemerkasa PLUS untuk pemulihan ekonomi negara dan membantu rakyat Malaysia mengharungi impak pandemik COVID-19 bagi tahun 2021.
Beliau berkata, daripada jumlah RM305 bilion itu sebanyak RM205 bilion adalah peruntukan di bawah Belanjawan 2021.
Menurut Tengku Zafrul, antara langkah Belanjawan 2021 yang masih sedang dilaksanakan untuk manfaat rakyat adalah bantuan kebajikan yang peruntukannya dinaikkan daripada RM1.5 bllion pada 2020 kepada RM2.2 bilion pada 2021.
"Ia melibatkan kenaikan kadar bantuan kebajikan kepada golongan rentan seperti warga emas terlantar, keluarga miskin dan orang kurang upaya (OKU)," katanya pada satu sidang media hari ini.
Beliau berkata, Jalinan Digital Negara (JENDELA) juga sedang dilaksanakan dengan peruntukan RM500 juta yang antara lainnya melibatkan sambungan fiber untuk sekolah.
"Program lain yang dibiayai perbelanjaan pembangunan (DE) Belanjawan 2021 termasuklah Dana Kredit Mikro sebanyak hampir RM1 bilion dan penyelenggaraan sekolah," katanya.
Selain itu, katanya, tanpa mengira Pemerkasa PLUS masih banyak program yang sedang dan akan berjalan mengikut perancangan melibatkan peruntukan lebih RM100 bilion untuk dibelanjakan sehingga akhir tahun ini.
Antaranya termasuklah program eBelia yang dilancarkan hari ini yang dijangka memanfaatkan 2 juta belia dan pelajar institut pengajian tinggi; Program Jaringan Prihatin yang dijangka memanfaatkan 8.4 juta penerima; dan subsidi upah dan insentif pengambilan pekerja yang bakal memanfaatkan 2.7 juta pekerja.
Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan Pemerkasa PLUS bernilai RM40 bilion dengan sejumlah 12 inisiatif untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi rakyat.
Tengku Zafrul berkata sejak Mac 2020 hingga Mac 2021, kerajaan telah mengumumkan enam pakej rangsangan ekonomi bernilai RM340 bilion, dengan suntikan fiskal sebanyak RM65 bilion atau hampir 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam menangani cabaran kesihatan dan ekonomi yang dihadapi ketika ini.
Menurutnya, keberkesanan dasar yang proaktif ini sudah mula menunjukkan hasil dengan pemulihan ekonomi yang positif apabila negara mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak enam peratus pada bulan Mac tahun ini.
Melalui pemantauan LAKSANA, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sepanjang 2020 telah memanfaatkan lebih daripada 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan.
"Setakat ini, hampir 60 peratus daripada inisiatif telah pun disalurkan. Daripada jumlah ini, sebahagian besar inisiatif ini termasuklah bantuan segera dan tunai seperti seperti Bantuan Prihatin Nasional, Geran Khas Prihatin, Subsidi Upah dan pelbagai langkah yang lain untuk melindungi rakyat dan memastikan kelangsungan perniagaan," katanya.
Dari segi nilai, setakat 21 Mei, 2021, hampir RM200 bilion telah disalurkan sepanjang pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021

Tengku Zafrul berkata berkata, daripada jumlah RM305 bilion itu sebanyak RM205 bilion adalah peruntukan di bawah Belanjawan 2021. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemerkasa PLUS: Malaysia mampu capai 150,000 dos pemberian vaksin sehari
Beliau juga faham dan peka dengan keluhan rakyat yang mengalami kesukaran untuk menghadiri PPV terutamanya warga emas dan mereka yang tinggal jauh.

Pemerkasa PLUS: RM1 bilion peruntukan tambahan untuk KKM
Tambahan peruntukan tersebut adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.