Kerajaan negeri Melaka telah menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga yang baharu di negeri itu bagi melakukan kajian dan semakan terhadap lesen sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata walaupun lesen berkenaan sebelum ini dikeluarkan setelah kajian dilakukan dan diputuskan di peringkat kerajaan negeri, namun langkah tersebut dilakukan bagi mengesan operator yang menyalahgunakan lesen tersebut terutama bagi aktiviti perjudian.
Katanya, tempoh bagi pemberhentian pengeluaran lesen tersebut belum diputuskan kerana pihaknya perlu mendapatkan data sebenar termasuk jumlah lesen sedia ada yang telah dikeluarkan sebelum ini.
"Saya mengambil maklum nasihat Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) sebelum ini dan saya ingin lihat berapa banyak lesen pusat hiburan keluarga yang telah dikeluarkan setakat ini.
"Justeru kerajaan negeri telah mengambil satu langkah besar iaitu menghentikan pengeluaran lesen hiburan baharu sehingga semua pemilik lesen sedia ada mengikut syarat yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas Program UMNO Bantu Rakyat dan Penyampaian Sumbangan kepada UMNO Bahagian Negeri Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Khalid kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri untuk menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga di negeri itu, semalam.
Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri akan menarik serta-merta lesen operator pusat hiburan yang didapati tidak mengikut syarat yang ditetapkan dan lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan lagi kepada mereka.
Terdahulu pada majlis itu, Idris menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 400 orang asnaf, miskin, ibu tunggal dan anak yatim di negeri ini. Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2017

Idris berkata, kerajaan negeri akan menarik serta-merta lesen operator pusat hiburan yang didapati tidak mengikut syarat yang ditetapkan dan lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan lagi kepada mereka.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hari pengundian pada hari bekerja perkara biasa - Idris Haron
Penetapan tarikh hari pengundian pada hari bekerja merupakan satu proses biasa di mana-mana negara di seluruh dunia.

Kertas soalan UPKK hilang, tindakan tegas akan diambil - Idris
Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kehilangan kertas soalan bagi tiga subjek Ujian Penilaian Kelas KAFA berikutan kejadian pecah masuk di JAIM, semalam.

Melaka henti pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga
Ia adalah bagi melakukan kajian dan semakan terhadap lesen sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Tanah adat Melaka meningkat 28 peratus sejak 2006 - Idris
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan Tanah Adat Melaka (MCL) semakin berkurangan, malah menegaskan telah mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus sejak 2006.

Rundingan tukar empat kerusi Gerakan - MCA selesai satu hingga dua bulan lagi
Perbincangan mengenai cadangan pertukaran empat kerusi antara Gerakan dan MCA dijangka selesai dalam satu hingga dua bulan lagi, kata Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay.

Pelancongan Melaka tidak terjejas dengan penutupan Tourism Malaysia - Idris Haron
Penutupan pejabat Tourism Malaysia di Melaka tidak akan memberi kesan besar kepada usaha kerajaan negeri mempromosi dan menarik kehadiran pelancong, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Siasatan SPRM tiada kaitan dengan dirinya, kata Idris Haron
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan kononnya disiasat SPRM apabila beliau diambil keterangan oleh beberapa pegawai agensi berkenaan.

Waspada dengan 'kudis' dalam UMNO - Idris Haron
Anggota parti yang dilihat mempunyai niat negatif terhadap UMNO, perlu disisihkan segera agar tidak memberi kesan pada pergerakan jentera parti dalam persediaan menghadapi PRU.

Tolak provokasi dan fitnah terhadap PM - Idris Haron
Datuk Seri Idris Haron berkata Barisan Nasional perlu menolak segala provokasi dan fitnah yang dilempar segelintir pihak tidak bertanggungjawab demi menyokong Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.