Pembentukan kerajaan baharu diharap mendapat sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan ini sah di sisi undang-undang dan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Atas sebab itu, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau telah menulis surat kepada Dr Mahathir untuk berjumpa bila-bila masa dan berbincang bagi kepentingan negara.
Tambahnya, Dr Mahathir ada membalas surat itu dan berkata belum tiba masa untuk berjumpa.
“Saya dah beritahu, tulis surat dah, seminggu dah. Perenggan pertama saya mendoakan agar Tun M dan keluarga sihat, saya sebutkan, dan perenggan kedua saya kata, sekiranya dalam tempoh seberapa hari lalu perkara yang telah dilakukan menyinggung, saya memohon maaf.
“Para ketiga, saya tulis, kalau ada masa untuk saya bertemu dengan Yang Berbahagia Tun, tapi saya telah terima jawapan dari beliau yang mengatakan belum sampai masa untuk berjumpa.”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kabinet pertama sejak tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional, di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan yang beliau bentuk dan pimpin pada masa kini, merupakan kerajaan untuk semua, dan rakyat mengharapkan agar kerajaan dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka selepas bangkit dari kemelut politik itu.
Firdaus Azil
Wed Mar 11 2020

Muhyiddin berharap kerajaan baharu ini mendapat sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. -Astro AWANI/Shahir Omar

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Muhyiddin harap Tun M beri sokongan kepada kerajaan baharu
Muhyiddin turut mengesahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad ada membalas suratnya dan berkata belum tiba masanya untuk berjumpa.

Posmen temui ajal ketika hantar surat
Mangsa Mohd Hairi Abdullah, 41, dalam perjalanan dari Kampung Chabang menghala ke Kerteh meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.