KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia meluluskan pendaftaran secara bersyarat produk ravidasvir sebagai rawatan virus hepatitis C (HCV) yang selamat dan berkesan.
Kerjasama ini melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), organisasi penyelidikan dan pembangunan tidak berasaskan keuntungan, Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi), syarikat farmasi dari Mesir Pharco, syarikat farmasi Malaysia Pharmaniaga Berhad, dan organisasi bukan kerajaan Médecins Sans Frontières/Doctors Without Borders (MSF).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah ubat pertama untuk HCV yang dihasilkan melalui kerjasama Selatan-Selatan, dengan dana dan sokongan klinikal daripada organisasi bukan berasaskan keuntungan.
"NPRA telah meluluskan ravidasvir , jadi saya rasa ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk kita memastikan perolehannya dalam KKM. Saya rasa kemungkinan suku akhir tahun atau tahun depan barulah diedarkan ke klinik KKM. Kami harap sektor swasta juga bekerjasama dalam merealisasikan perkara ini.
"Jadi sekarang, kami telah mengutarakan isu berkenaan dengan kos berpatutan, dan kami telah mengintegrasikan pelbagai inisiatif dan strategi akses bagi memastikan ia dapat diperoleh di sektor awam atau swasta," katanya dalam satu sidang media secara maya pada Isnin.
Pengumuman hari ini juga katanya adalah peristiwa penting dalam perjalanan panjang Malaysia mencapai matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk melenyapkan penyakit hepatitis C menjelang 2030.
Ujarnya, komitmen kerajaan adalah untuk memastikan rawatan dan diagnos Hepatitis C ini akan diperluaskan dalam komuniti melalui mekanisme kesihatan awam.
"Ia merupakan kajian selama 12 minggu. Kami juga meneroka mengenai rawatan pesakit untuk selama 8 minggu. Kami juga berharap ia boleh didapati bukan sahaja di klinik di bandar, tetapi juga di pedalaman,"tambahnya lagi.
KKM juga menjangkakan kos ubat berkenaan boleh dikurangkan kepada 200 dolar dan diharap terus menurun pada tahun-tahun akan datang.
Dalam masa sama katanya, kerajaan akan dapat melakukan penjimatan kos untuk jangka masa panjang dalam mencegah penyakit seperti kanser hati, Psirosis dan kegagalan hati.
HCV yang boleh menyebabkan penyakit hati kronik, Psirosis, barah, dan kematian menjangkiti kira-kira 59 juta orang di seluruh dunia.
"Penyakit ini menyebabkan sekitar 300,000 kematian dalam setahun. Walaupun hepatitis boleh disembuhkan, terdapat satu kitaran yang menghalang pemberian rawatan kepada mereka yang memerlukan. Penyakit ini kebanyakannya adalah ‘pembunuh senyap’, proses diagnostiknya rumit, jadi ramai yang dijangkiti tanpa sedar, dan kebanyakan DAA adalah terlalu mahal,” ujarnya.
Ravidasvir adalah perencat NS5A oral yang ditemui dan dimiliki oleh Presidio Pharmaceuticals.
Ia dilesenkan kepada Mesir Pharco Pharmaceuticals dan DNDi untuk penyelidikan klinikal serta pengkomersialan.
Dalam ujian klinikal Fasa III sebelumnya di Mesir yang dilakukan oleh Pharco, kombinasi ravidasvir dan sofosbuvir menunjukkan kadar penyembuhan hingga 100% dalam kalangan pesakit dengan genotip 4.
Pharco dan DNDi bekerjasama dengan pengeluar ubat Malaysia Pharmaniaga untuk pendaftaran serta pembekalan ravidasvir di Malaysia dan Asia Tenggara.
Astro Awani
Mon Jun 14 2021

Kerajaan akan dapat melakukan penjimatan kos untuk jangka masa panjang dalam mencegah penyakit seperti kanser hati, 'psirosis' dan kegagalan hati. - Tangkapan layar Astro AWANI

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

NPRA Malaysia lulus pendaftaran bersyarat Ravidasvir, rawat Hepatitis C
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia meluluskan pendaftaran secara bersyarat produk ravidasvir sebagai rawatan virus hepatitis C (HCV) yang selamat dan berkesan.