KUALA LUMPUR: Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini.
"Surat rasmi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong telah diterima pada minggu lepas lagi. Bagaimanapun waktu (untuk Dr Mahathir menghadap) belum ditentukan lagi setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pengesahan Pejuang itu hadir selepas kedengaran desas-desus bahawa semua pemimpin parti politik di negara ini akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara.
BACA: YDP Agong dijangka bertemu ketua, penasihat parti politik - Sumber
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon ketika diajukan soalan sama, masing-masing menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu setakat ini.
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran pula memaklumkan parti mereka belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui mendengar desas-desus berkenaan namun tidak dapat memastikan sama ada parti tersebut telah menerima surat jemputan tersebut.
"Dengar khabar begitulah (dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong). Saya tidak ke pejabat...tak pasti sama ada (UMNO) dah dapat surat atau belum," katanya.
Berlainan pula dengan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meminta Bernama merujuk perkara berkenaan kepada Ahli Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
"Rujuk Khairuddin... dia mungkin tahu lebih berbanding maklumat yang kami ada," kata Saifuddin Nasution.
Semalam, media melaporkan Khairuddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Pro-tem Pejuang Wilayah Persekutuan, sebagai berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap semua pimpinan parti politik termasuk pembangkang.
Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang dianggotai pemimpin pembangkang ditubuhkan bagi mengumpul petisyen supaya darurat COVID-19 ditamatkan segera.
Pada 11 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.
Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri pada 9 Feb lepas, mengumumkan pelantikan 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
![Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604240041_partiPEJUANG.jpg)
Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini. - Gambar fail
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
![PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726215899_tbMukhrizMahathir.jpg)
PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
![Ketua Pejuanita Muda letak jawatan Ketua Pejuanita Muda letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701509754_KetuaPejuanitaMuda.jpg)
Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.
![Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673605410_partiPEJUANG.jpg)
Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.
![Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650986004_TBMUKHRIZjpg.jpg)
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686699227_MuhammadRafique.jpg)
Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.
![Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong- Zahid Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong- Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683889899_TBZAHIDARAU.jpg)
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
![PRN: Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang- Mukhriz PRN: Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang- Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667890481_MukhrizTunMahathir.jpg)
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
![Tun M tinggalkan GTA Tun M tinggalkan GTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676727207_TunM.jpg)
Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.
!['Cadangan bubar Pejuang tak berasas' 'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680313763_CadanganbubarPejua.jpg)
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
![PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667836385_HamzahZainudin.jpg)
PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.