SUSULAN pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan pada Isnin, pelbagai persoalan yang timbul ditujukan pada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ( MOA ).
Berikut adalah kesemua soalan lazim dijawab oleh MOA:
1. Adakah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, permohonan permit tidak dapat diteruskan?
Permohonan permit import dan eksport masih berjalan seperti biasa.
2. Bolehkah saya nak import/eksport barang pertanian dari/ke luar negara buat masa ini?
Ya, boleh. MAQIS tidak menerima sebarang arahan untuk menyekat apa-apa pengimportan dan pengeksportan barang pertanian.
3. Adakah pintu masuk negara masih beroperasi?
Ya, pintu masuk negara masih beroperasi seperti biasa dan pegawai MAQIS akan membuat pemeriksaan konsainan sewaktu barang tiba/keluar.
4. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, adakah permohonan permit saya tidak dapat diproses dan diluluskan oleh pegawai MAQIS?
Permohonan permit import dan eksport masih berjalan seperti biasa dimana untuk komoditi ikan dan pertanian akan diluluskan secara auto-approve sekiranya permohonan adalah lengkap.
Bagi komoditi haiwan dan mana-mana permohonan komoditi ikan dan pertanian yang diisi secara tidak lengkap,permohonan tersebut akan diproses secara manual oleh pegawai MAQIS yang bertugas.
5. Sebarang pertanyaan permohonan permit, di mana saya boleh ajukan?
Tuan/puan boleh ajukan pertanyaan dan aduan di [email protected] atau terus berhubung dengan pejabat operasi MAQIS di pintu masuk seluruh negara.
6. Bagaimana untuk berhubung dengan pegawai MAQIS sepanjang tempoh kawalan pergerakan memandangkan Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri tidak beroperasi sepanjang tempoh tersebut?
Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected] atau melalui talian 03-8870 8000.
7. Adakah proses kelulusan permit masih dijalankan?
Proses kelulusan permit masih berjalan seperti biasa. Mengikut piagam pelanggan, tempoh kelulusan permit adalah dalam tempoh 24 jam.
Untuk komoditi ikan dan pertanian akan diluluskan secara auto-aprrove sekiranya permohonan lengkap dan hanya mengambil masa 1-3 minit.
Namun untuk komoditi haiwan akan diluluskan secara manual dalam tempoh 24 jam.
8. Adakah terdapat sekatan bagi kemasukan haiwan hidup ke dalam Malaysia?
MAQIS masih tidak mengenakan sebarang larangan kemasukan bagi haiwan hidup ke dalam Malaysia buat masa ini.
9. Adakah MAQIS telah mengenakan apa jua larangan pergerakan komoditi pertanian antara negara-negara yang bersempadanan dengan Malaysia?
MAQIS tidak mengenakan apa jua larangan pergerakan terutama yang melibatkan laluan darat, udara dan laut untuk komoditi tumbuhan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, haiwan, karkas atau daging, dan ikan.
Namun pengimport ataupun pengeksport perlu memohon permit import atau eksport daripada Jabatan MAQIS untuk tujuan tersebut melalui sistem epermit. Namun, arahan daripada Majlis Keselamatan Negara boleh mengatasi apa jua ketetapan yang ditentukan oleh pihak MAQIS.
10.Sekiranya terdapat kesalahan berlaku semasa pemeriksaan konsainan di pintu masuk, adakah permohonan rayuan bagi konsainan tersebut masih diproses mengikut tempoh masa yg telah ditetapkan?
YA, sebarang permohonan rayuan akan diberi maklumbalas dalam tempoh selewatnya 2 hari bekerja, dan keputusan bagi permohon tersebut akan dimaklumkan dalam tempoh 7 hari bekerja seperti yang dinyatakan dalam piagam pelanggan sedia ada.
11.Adakah aktiviti pemeriksaan konsainan masih dijalankan di pintu masuk di mana mass gathering tidak dibenarkan berikutan penyebaran wabak Covid-19?
Aktiviti pemeriksaan bagi pengimportan dan pengeksportan tetap diteruskan supaya barangan pertanian yang di bawa masuk atau keluar bebas daripada serangga perosak dan sebarang penyakit yang merbahaya serta memastikan bekalan makanan negara tidak terjejas.
Tindakan pencegahan dan keselamatan akan diambil selaras dengan arahan MKN dengan meminimakan
direct contact di antara pegawai MAQIS yang bertugas dan pengimport/pengeksport/ejen.
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (DVS)
12.Adakah bekalan daging dan telur ayam mencukupi untuk keperluan semasa?
Pengeluaran serta bekalan daging dan telur ayam yang kebanyakannya dihasilkan secara tempatan di Malaysia adalah mencukupi untuk menampung permintaan domestik.
Secara purata, pengeluaran ayam adalah antara 57 sehingga 59 juta ekor sebulan berbanding penggunaan dalam negara yang dicatatkan antara 43 sehingga 45 juta ekor sebulan. Manakala pengeluaran telur sebulan adalah sebanyak 800 juta biji berbanding penggunaan yang dicatatkan pada sekitar 620 sehingga 630 juta biji sebulan.
13.Adakah bekalan daging lembu dan daging kerbau mencukupi untuk keperluan semasa?
Bekalan daging lembu dan kerbau sebanyak 18,000 tan metrik termasuk bekalan daging sejuk beku yang diimport dari negara luar seperti Australia dan India dianggarkan mencukupi untuk keperluan semasa.
14.Adakah selamat mengguna dan mengambil produk ternakan semasa COVID – 19?
Selamat untuk mengguna dan mengambil produk ternakan kerana DVS mengambil langkah waspada dengan menjalankan pemantauan terhadap produk haiwan yang diimport dan juga ternakan domestik bagi memastikan ia bebas dari COVID-19.
Sehingga kini laporan OIE – World Organisation for Animal Health tidak menunjukkan sebarang penularan wabak COVID-19 pada ternakan.
15.Adakah haiwan ternakan di Malaysia boleh dijangkiti COVID-19?
Sehingga kini DVS tidak menerima sebarang aduan atau laporan berhubung haiwan ternakan tempatan yang diancam COVID-19, sejak berlakunya penularan wabak penyakit ini.
Setakat ini juga masih tiada bukti yang jelas berhubung penularan wabak dan transmisi COVID-19 membabitkan haiwan ternakan.
16.Adakah kaunter Perkhidmatan Import Eksport di DVS Putrajaya, beroperasi sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?
Bagi urusan di Kaunter Perkhidmatan Import Eksport, DVS Putrajaya (pengambilan Sijil Kesihatan Veterinar sarang burung walit ke China dan penghantaran dokumen) dibuka pada tarikh tertentu dan masa pengambilan adalah bermula 9 pagi hingga 12 tengahari. Hari pengambilan Sijil Kesihatan
Veterinar (SKV) seperti berikut:
i. 18 Mac 2020 (Rabu);
ii. 20 Mac 2020 (Jumaat);
iii. 24 Mac 2020 (Selasa);
iv. 26 Mac 2020 (Khamis); dan
v. 31 Mac 2020 (Selasa).
17.Adakah kaunter permohonan untuk pemindahan ternakan dan sijil kesihatan di negeri beroperasi sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?
Ya, semua perkhidmatan kritikal Jabatan Perkhidmatan Veterinar seperti kawalan penyakit, perkhidmatan pengeluaran permit pergerakan antara negeri dan pengeluaran sijil kesihatan beroperasi secara berjadual. Sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar terdekat untuk mendapatkan jadual perkhidmatan.
18.Adakah Kaunter Makanan Haiwan beroperasi sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?
Ya, kaunter perkhidmatan perlesenan di bawah Akta Makanan Haiwan dibuka seperti biasa.
19.Adakah semasa tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, siasatan ke atas aduan-aduan berkaitan kes penganiayaan terhadap haiwan diteruskan?
Penguatkuasaan terhadap semua peraturan, perundangan, enakmen dan akta adalah berjalan seperti biasa. Setiap aduan akan diterima oleh pegawai yang telah ditugaskan.
20.Adakah perkhidmatan Klinik Veterinar DVS beroperasi sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?
Klinik veterinar DVS sama seperti klinik veterinar swasta hanya beroperasi terhadap kes-kes tertentu;
Kes-kes kecemasan seperti kemalangan dan kecederaan haiwan;
Kes rawatan atau pemvaksinan yang temujanji yang telah dimetrai sebelum 18/Mac/2020; dan
Kes rawatan susulan yang telah berada di klinik/hospital (in patient).
21.Adakah Klinik Veterinar Swasta dibenarkan beroperasi sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?
Klinik veterinar swasta hanya beroperasi terhadap kes-kes tertentu;
* Kes-kes kecemasan seperti kemalangan dan kecederaan haiwan;
* Kes rawatan atau pemvaksinan yang temujanji yang telah dimetrai sebelum 18 Mac 2020;
* Kes rawatan susulan yang telah berada di klinik / hospital (in patient);
* Boarding sedia ada (yang telah diterima sebelum 18/03/2020).
22.Adakah Kedai Haiwan Kesayangan yang menjual makanan haiwan dibenarkan beroperasi sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?
Boleh beroperasi dengan kadar minima dengan melaksanakan langkahlangkah pencegahan sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
23.Jika ternakan atau haiwan peliharaan saya mengalami kecemasan bolehkah saya memanggil Pegawai Veterinar untuk datang ke ladang atau ke rumah saya?
Boleh, kerana ia termasuk dalam rawatan untuk kes kecemasan.
24.Adakah Perkhidmatan Rumah Sembelih Jabatan beroperasi sepanjang tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?
Ya, kerana penyediaan makanan adalah termasuk dalam perkhidmatan kritikal. Namun begitu ianya adalah secara berjadual.
25.Adakah terdapat sekatan perjalanan untuk pemindahan ternakan bagi tujuan penyembelihan?
Tiada, kerana ianya termasuk dalam penyediaan makanan merupakan perkhidmatan kritikal.
26.Jika saya sebagai penternak, ingin menghantar sampel jika berlaku kematian ternakan ke Makmal Veterinar DVS, adakah perkhidmatan makmal masih beroperasi?
Perkhidmatan diagnostic masih berjalan dengan cekap dan disusun secara berjadual.
Akan ada pegawai bertugas untuk menjalankan bedah post-mortem dan penerimaan sampel di semua makmal Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Kenyataan Media
Sun Mar 22 2020
Berikut adalah kesemua soalan lazim dijawab oleh MOA. - Gambar fail
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.
2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.