Golongan pesara disaran agar tidak meminggirkan diri daripada masyarakat hingga tidak ambil peduli perkembangan semasa di sekeliling mereka.
Anggota Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani,Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata sikap seumpama itu hanya akan merugikan dan pesara itu sendiri akan terlepas banyak manfaat serta peluang yang disediakan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan.
"Kebanyakan pesara tidak menyedari bahawa kerajaan masih dapat membantu mereka asalkan mereka dapat bersama dalam masyarakat dengan melakukan kerja-kerja kebajikan dalam komuniti ", katanya.
Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali keempat Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Besut di Dewan Masjid Hadhari Jerteh, di sini, pada Isnin.
"Pesara boleh menyumbang bakti melalui perkongsian pengalaman mereka dalam membantu memajukan persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tempat mereka.
"Kerajaan negeri mempunyai banyak kemudahan seperti memberi kemudahan perubatan, menghantar pesara mengerjakan haji dan umrah serta pelbagai bantuan lain yang dilaksanakan hampir setiap tahun," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2017
Muhammad Pehimi berkata sikap seumpama itu hanya akan merugikan dan pesara itu sendiri akan terlepas banyak manfaat serta peluang yang disediakan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan. - Gambar fail
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Kak Ani dakwa jadi mangsa keadaan, nafi kaitan dengan skim 'Rumahku Syurgaku'
Kak Ani mendakwa tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek berkenaan kerana tiada sebarang perjanjian antara pihaknya dan syarikat pemaju itu.
Yayasan Akalbudi: Zahid Hamidi terharu, berterima kasih pada yang beri sokongan
Katanya menerusi kenyataan di Facebook, sebagai orang kena tuduh, beliau mempunyai dua pilihan lain untuk mengelakkan perkara demikian.
Kerja kebajikan tidak dapat diteruskan kerana dana Yayasan Akalbudi dibekukan - Zahid Hamidi
Zahid mendedahkan perkara itu ketika disoal peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal semasa membela diri atas 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Pesara disaran tidak pinggirkan diri, dapatkan kemudahan kerajaan - Exco
Golongan pesara disaran agar tidak meminggirkan diri daripada masyarakat hingga tidak ambil peduli perkembangan semasa di sekeliling mereka.