Polis memberi jaminan, tiada lagi saki baki pengikut ketua militan Malaysia yang berpangkalan di Syria, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi di Melaka.
Bagaimanapun menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan, pihaknya sentiasa memantau segala aktiviti yang disyaki ada kaitan dengan Muhammad Wanndy bagi memastikan Melaka bebas kegiatan pengganas.
Beliau berkata, pihak polis sentiasa berjaga-jaga dan menjalankan kerjasama dengan penduduk setempat, khususnya di kampung halaman Muhammad Wanndy di Durian Tunggal, Alor Gajah.
"Kita juga melakukan pemantauan secara berterusan di kampung kelahiran Ketua Militan Daish Asia Tenggara itu di Masjid Tanah dan mendapati bahawa tiada aktiviti mencurigakan yang mempunyai kaitan dengannya atau kumpulan militan Daish," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.
Jelasnya, meskipun sehingga kini tiada pengikut yang disyaki masih aktif di negeri ini, namun perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana pergerakan kumpulan ini licik.
Muhammad Wanndy sebelum ini disahkan terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lepas.
Astro Awani
Thu May 11 2017

Polis kontinjen negeri Melaka akan terus melakukan pemantauan terhadap semua aktiviti dan perkara-perkara yang disyaki ada kaitan dengan Muhammad Wanndy Mohamed Jedi. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada DCA.

Polis terus pantau pengaruh Muhammad Wanndy
Polis kontinjen negeri Melaka akan terus melakukan pemantauan terhadap semua aktiviti dan perkara-perkara yang disyaki ada kaitan dengan Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.