"Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang", itulah kata dua yang diberikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek terhadap Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Wan Abd Malik berkata tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap institusi kehakiman syariah baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada institusi itu serta hakim-hakim mahkamah syariah.
Tuduhan tidak berasas itu juga katanya, mampu mewujudkan kekeliruan serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman syariah sekali gus merendahkan martabat hakim-hakim mahkamah syariah.
"Jadi kita minta Rafizi menarik balik kenyataan itu atau memohon maaf secara terbuka. Kita berikan tempoh masa sebulan untuknya berbuat demikian sebelum tindakan undang-undang diambil.
"Ia juga satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu yang telah melantik hakim mahkamah syariah sekal igus merendahkan reputasi mereka di mata masyarat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini.
Wan Abd Malik membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kenyataan yang dibuat Rafizi dalam program ''Parlimen Olok-olok'' pada 10 April lepas, bahawa pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 1965 (RUU 355) yang dibentang Anggota Parlimen Marang, yang tidak menyentuh soal kenaikan gaji hakim mahkamah syariah akan meningkatkan risiko pengambilan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan hakim mahkamah syariah.
Jelasnya ini juga bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada Rafizi agar tidak bermulut celupar dengan mudah melakukan penghinaan terdapat mana-mana organisasi.
Wan Abd Malik yang juga Ahli Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Seluruh Malaysia menegaskan perkara berkaitan agama tidak sepatutnya dipolitikkan dan kenyataan yang dikeluarkan itu (oleh Rafizi) adalah untuk kepentingan dirinya semata-mata.
"Laporan ini dibuat kerana kenyataan Rafizi itu merupakan satu serangan ke atas integriti institusi kehakiman syariah dan perlu disiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2017
![Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463559294_RafiziRamli.jpg)
Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek meminta Rafizi Ramli (gambar) memohon maaf. - Foto fail / Astro AWANI
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463559294_RafiziRamli.jpg)
Rafizi diminta mohon maaf atau dikenakan tindakan
"Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang", itulah kata dua yang diberikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek terhadap Rafizi Ramli.
![Anwar gagal mulakan tuduhan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Anwar gagal mulakan tuduhan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71480931768_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar gagal mulakan tuduhan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari
Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah.
![Anwar mohon hadir mahkamah baca surat pelantikan peguam Anwar mohon hadir mahkamah baca surat pelantikan peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434964476_ANWARIBRAHIM.jpg)
Anwar mohon hadir mahkamah baca surat pelantikan peguam
Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon Mahkamah Rayuan Syariah untuk membenarkan beliau hadir di mahkamah itu bagi membolehkannya membaca surat pelantikan peguam baharu.