Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa yang kini mengadakan lawatan negara ke Malaysia, hari ini dianugerah Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ia sebagai penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu atau pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada dari dalam atau luar negara.
Penganugerahan itu disempurnakan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan disaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan barisan pegawai Tentera Darat Malaysia.
Upacara berlangsung di Dataran Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini.
Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Lawatan negara ke Malaysia oleh Raja Hamad itu bermula semalam hingga 3 Mei atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Ia yang pertama dilakukan ketua negara itu sejak Malaysia dan Bahrain mengadakan hubungan diplomatik pada 1974.
Terdahulu, turut diadakan persembahan demonstrasi pertahanan seperti tempur tanpa senjata, serangan menggunakan meriam serta ''tarian perang'' melibatkan 25 pegawai dan 850 anggota lain-lain pangkat.
Sementara itu, Zulkiple ketika ditemui pemberita berkata 62 ketua negara dan pemimpin tertinggi tentera dari negara luar telah dianugerah Beret Merun berkenaan.
"Kita (Tentera Darat) rasa bangga kerana Raja Bahrain menerima anugerah ini sebagai simbol setiakawan antara kedua-dua negara. Ia menjadi satu kemegahan buat 10 Briged Para," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2017
Raja Bahrain Raja Hamad Isa (kiri) berkenan menyampaikan cenderahati kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sempena majlis penganugerahan Beret Merun Kehormat, Sayap Penerjunan Kehormat dari Briged 10 Para. - FotoBERNAMA
Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.
Trump sahkan pembekuan bantuan luar negara
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan pada Sabtu pembekuan bantuan baharu kepada negara lain.
AWANI Global: A Conversation with Dr. José Ramos-Horta, President of Timor-Leste.
A Conversation with Dr. José Ramos-Horta, President of Timor-Leste.
Watch it on #AWANIGlobal this Sunday, 26 January 2025 at 9pm.
Watch it on #AWANIGlobal this Sunday, 26 January 2025 at 9pm.
Eksklusif: Suasana Mengerikan di Ibu Pejabat Perisikan Bashar Al-Assad, Aleppo, Syria
Hilal Azmi membawa anda secara eksklusif ke dalam suasana di ibu pejabat perisikan kerajaan Bashar Al-Assad, Al-Mukhabarat Al-Jawiyah, di Aleppo, Syria.
Temui kisah di sebalik kekejaman dan kegilaan kuasa yang menyebabkan rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan diktator ini.
Temui kisah di sebalik kekejaman dan kegilaan kuasa yang menyebabkan rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan diktator ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.
Fokus Minggu Depan: Pasca gencatan senjata: cabaran 'mengembalikan' gaza
Bersama Dr Fauziah Mohd Hasan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) membincangkan tentang Pasca gencatan senjata: cabaran 'mengembalikan' gaza.
Polis tahan 14 lelaki disyaki berjudi
Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai tengah malam tadi.
Lawatan Negara Prabowo Subianto lambang komitmen antara Malaysia dan Indonesia
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenytaan pada Ahad berkata, ini merupakan lawatan negara pertama Presiden ke negara di rantau asia tenggara selepas pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Indonesia pada 20 Oktober 2024.
Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.
Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.