KUCHING: Selepas pembatalan penganjuran acara ikonik tahun lalu dibatalkan susulan pandemik COVID-19, kini Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 bakal menemui peminat pada bermula 18 Jun ini.
Tahun ini penganjuran RWMF 2021 sedikit berbeza yang mana edisi kali ini akan dilangsungkan secara maya.
Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran acara ikonik di Bumi Kenyalang secara dalam talian itu disifatkan praktikal sebagai salah satu anjakan paradigma selain mengangkat festival itu ke peringkat seterusnya.
“Semenjak RWMF dan BJF 2021 ini diadakan secara maya, para peminat setia dan penonton boleh menghidupkan semula suasana selain mengimbau kembali momen kemunculan edisi terdahulu malah boleh berkongsi sekilas pandang mengenai festival ini kepada penonton baru,” ujarnya semasa sidang media kepada Astro AWANI pada Rabu.
Sementara itu itu RWMF 2021 akan menampilkan sesi pra rekod temu ramah bersama artis tempatan sarawak.
Bukan Sahaja RWMF, Penganjuran Borneo Jazz Festival turut diadakan demi memberi keseronokan.
Antara artis jemputan yang akan memeriahkan program tersebut termasuk pemain sape profesional Mathew Ngau Jau, Alena Murang,Sang Rawi, At Adau, Nading Rhapsody, KEMADA, Suk Binie’ dan juara kejohanan seni persembahan dunia (WCOPA) Tuku Kamek.
Selain itu, mengulas mengenai Borneo Jazz Festival pula, festival itu akan menghiburkan penonton dengan barisan pemain muzik jazz seperti Clinton Jerome Chua, O-Ha Seoul Band, Nisa Addina, Ta’Dan dan Prince of Borneo, Pete Kallang.
Mengulas lanjut Abdul Karim mendedahkan setakat ini jumlah pendaftaran penonton telah mencecah 12,400 orang.
“Walaupun kita tidak dapat mewujudkan pengalaman dan suasana persembahan secara langsung sekurang-kurangnya rakyat Malaysia masih dapat menikmati acara yang menyeronokkan ini bersama keluarga dirumah,” ujarnya.
Persembahan Festival Muzik itu boleh disaksikan menerusi Shoppee Live dan laman web rasmi di WWW.RWMF.Net yang akan berlangsung selama 90 minit dari jam 6:00 petang hingga 7:30 malam setiap hari dari 18 hingga 20 Jun 2021 ini.
Azizah Alwi
Wed Jun 16 2021
Mengulas lanjut Abdul Karim mendedahkan setakat ini jumlah pendaftaran penonton telah mencecah 12,400 orang.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Gencatan senjata bukan usaha tamatkan keadilan - CENTHRA
Menurut Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin, untuk memastikan kekejaman ini tidak berulang, komuniti antarabangsa mesti memastikan perkara ini tidak berulang.
Dzulkefly belum lulus cadangan WBB
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Waktu Bekerja Berlainan (WBB) merupakan usaha berterusan penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas-petugas KKM.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
Hamas hargai sokongan Malaysia sokong perjuangan Palestin
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, bersama negara lain. Negara-negara itu termasuk Turki, Algeria, Indonesia, China dan Rusia.
Polis buru tahanan larikan diri di Tangkak
Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah pada 1.30 tengah hari semalam.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
RWMF 2021 secara maya bakal temui peminat 18 Jun ini
Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 bakal menemui peminat pada bermula 18 Jun ini.
Rainforest World Music Festival 2021 dianjur secara dalam talian
Penganjuran Rainforest World Music Festiva (RWMF) tahun ini akan dianjurkan secara penstriman percuma bermula 18 Jun sehingga 20 Jun 2021.
Penganjuran RWMF 2021 bergantung kepada situasi semasa COVID-19
Penganjuran festival muzik terbesar di Sarawak, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 masih belum diketahui statusnya.