Kerajaan negeri dinasihatkan agar tidak memilih para pelabur yang hendak datang ke Johor demi memastikan visinya untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat ekonomi utama di rantau ini, tercapai.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah biar dari mana sekalipun asal pelabur terbabit, semuanya mesti dilayan dengan sebaik-baiknya.
Namun, pada masa sama, baginda mahu kerajaan negeri menggalakkan pelaburan yang bersifat jangka masa panjang, mempunyai nilai tambah tinggi serta mesra alam.
"Industri yang melibatkan bahan kimia beracun atau yang mudah meletup, hendaklah diteliti dengan betul dan jika hendak diterima, pastikan ia diletakkan di kawasan yang jauh dari kawasan perumahan," titah baginda sempena pembukaan penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Johor yang ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim hari ini.
Titah ucapan baginda dilafazkan oleh anakandanya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi baginda.
Sultan Ibrahim menegaskan satu contoh kesilapan yang pernah dibuat kerajaan negeri dahulu berhubung perkara terbabit ialah dengan membenarkan pembinaan sebuah kilang memproses kimia di Pasir Gudang.
"Pada asalnya, Singapura telah menolak cadangan pembinaan kilang ini di sana tetapi kerajaan Johor pada ketika itu telah bersetuju menerima pembinaan kilang tersebut di Pasir Gudang.
"Kesannya sekarang, rakyat Johor di Pasir Gudang terpaksa menanggung risiko yang tinggi," titah baginda.
Sultan Ibrahim menambah bagi menarik lebih banyak pelabur ke sesuatu kawasan, kerajaan negeri juga seharusnya menyediakan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.
Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Ibrahim meminta kerajaan negeri agar melaksanakan pembangunan yang seimbang dalam memastikan kemajuan ekonomi negeri terus kukuh iaitu dengan mewujudkan dasar dan polisi yang konsisten.
Baginda bertitah, dasar yang konsiten akan memberikan keyakinan kepada pelabur untuk jangka masa panjang manakala dasar yang tidak konsisten pula hanya akan menakutkan pelabur dan merugikan kerajaan.
Berkenaan isu lain, baginda menggesa kerajaan negeri supaya mencari jalan untuk menambah hasil iaitu dengan mencari sumber pendapatan baharu yang lebih konsisten.
Baginda juga berharap kerajaan negeri tidak lalai dan bersikap boros dengan lebihan hasil berjumlah RM119 juta yang dicatat pada tahun lalu.
-- BERNAMA