KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mengetatkan syarat import lembu hidup dari luar negara bagi mencegah penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) yang kini menular di beberapa negara Asia.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata selaras dengan itu Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah diminta memperkemaskan kawalan di pintu masuk negara dan mengambil tindakan ke atas mana-mana lembu import yang menunjukkan gejala penyakit LSD di setiap stesen kuarantin.
Beliau berkata pihaknya juga memohon kerjasama pemain industri termasuk pengimport, peraih dan perternak lembu supaya segera menghubungi pejabat JPV di negeri atau daerah berdekatan sekiranya mengesyaki ternakan lembu di dalam jagaan atau kandang menunjukkan gejala LSD.
Katanya pensampelan akan dijalankan untuk tujuan pengesahan penyakit dan ternakan lembu yang dijangkiti perlu diasingkan serta dilupuskan menerusi penyembelihan di rumah sembelih swasta yang dilesenkan.
"JPV juga telah mengaktifkan program pemantauan bagi mengesan, mengawal dan mencegah penularan penyakit LSD pada ternakan lembu di seluruh negara.
Setakat ini sebanyak 81,252 ekor ternakan lembu di 9,108 premis atau ladang telah diperiksa di mana 89 ekor atau 0.1 peratus menunjukkan gejala jangkitan LSD dan sudah dilupuskan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Che Abdullah juga memaklumkan bahawa berita yang tular berkaitan "Elakkan membeli daging segar yang dijangkiti penyakit lembu di Perak" adalah tidak benar.
Katanya, penyakit LSD tidak menjangkiti manusia dan menafikan gambar individu yang tular dengan gejala di bawah mata yang dikatakan akibat dijangkiti LSD adalah tidak benar.
Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata walaupun LSD tidak menyebabkan kematian yang tinggi terhadap lembu tetapi ia memberi kesan ekonomi kepada pemain industri penternakan lembu dan kerugian akibat lembu menjadi kurus, penurunan pengeluaran susu, keguguran dan kemandulan kepada lembu jantan.
"Setakat ini tiada rawatan khusus untuk penyakit LSD dan lembu yang dijangkiti boleh diberikan rawatan bagi mengelak jangkitan sekunder menerusi pemberian antibiotik, anti-inflamatori dan vitamin," katanya.
Bernama
Sat Jun 05 2021

Che Abdullah berkata pensampelan akan dijalankan untuk tujuan pengesahan penyakit dan ternakan lembu yang dijangkiti perlu diasingkan serta dilupuskan menerusi penyembelihan di rumah sembelih swasta yang dilesenkan. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.

Eksport ayam hidup pedaging dibenarkan semula secara berfasa bermula esok
Kerajaan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa mulai esok.

DOF lakar sejarah, terima dua sijil 'Malaysia Book Of Records'
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melakar sejarah apabila dianugerahkan dua sijil Malaysia Book Of Records.

Batal lesen, permit bot sekiranya terbabit bawa pelacur - MAFI
MAFI akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen dan permit bot nelayan tempatan sekiranya terbabit dengan aktiviti membawa masuk pelacur warga asing ke negara ini.

MAFI, KPDNHEP adakan mesyuarat khas esok bincang bekalan, harga ayam
Ini susulan keputusan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

MAFI pantau kos pengeluaran makanan termasuk bahan api
MAFI sentiasa memantau kos pengeluaran makanan termasuk kos bahan api seperti diesel bagi memastikan perubahan harga tidak menjejaskan sektor makanan negara terutama subsektor perikanan.

Pengeluaran durian meningkat, harga jualan berpatutan
Sekalipun cuaca tidak menentu, namun, pengeluaran buah durian di Pulau Pinang dan Perak meningkat.

MAFI sentiasa cari inisiatif bantu tingkatkan hasil tanaman negara
MAFI juga menggalakkan penggunaan teknologi dalam pertanian selain mahukan pemain industri terbuka menerima idea-idea baharu.

MAHA 2022: MAFI sasar RM250 juta potensi jualan
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan potenbsi jualan sebanyak RM250 juta pada penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) tahun ini.

Simpanan stok ayam langkah tangani kekurangan bekalan - Menteri
Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju dengan pelaksanaan beberapa langkah jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga makanan antaranya mewujudkan simpanan stok atau stockpile ayam.