Skip to main content

Malaysia

Terperosok digilis lori ais, anak angkat Rizalman kritikal

Terperosok & Digilis Lori Ais Beberapa saat, Anak Angkat Rizalman Kritikal -- GEMPAK
Rizalman memaklumkan Umar kini berada dalam keadaan kritikal selepas terperosok ke bawah lori sebelum digilis.
Advertisement

PEREKA fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi berita duka mengenai anak angkatnya, Umar Nail yang terlibat dalam kemalangan ngeri selepas dilanggar sebuah lori ais di Wangsa Walk, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rizalman memaklumkan Umar kini berada dalam keadaan kritikal selepas terperosok ke bawah lori sebelum digilis.

Menurut Rizalman, kejadian tersebut menyebabkan anaknya mengalami komplikasi pada organ dalaman dan memerlukan perhatian serta pemantauan rapi daripada pasukan pakar.

“Aku tahu kalian risaukan kami, tetapi buat masa ini biarlah aku selesaikan dahulu bahagian aku. Umar keluar sekejap selepas tolong potong lobak. Dia sedang berjalan di laluan pejalan kaki di Wangsa Walk sebelum tiba-tiba bertembung dengan sebuah lori ais secara mengundur.

“Umar masuk ke bawah lori dan digilis selama beberapa saat. Disebabkan kejadian itu, terdapat sedikit komplikasi pada organ dalamannya.

“Ramai orang berada di lokasi kejadian dan banyak membantu. Pada awal menerima berita, aku benar-benar tersepit antara dua amanah, iaitu anak dan urusan perniagaan kerana ketika itu aku sedang memasak nasi tomato,” kongsinya di Instagram.

Berkongsi lanjut, Rizalman memaklumkan bahawa keadaan Umar pada awalnya amat membimbangkan sehingga doktor terpaksa melakukan pembedahan segera.

“Allah aturkan beberapa kenalan VVIP aku membantu memudahkan urusan hospital, di samping doa daripada hangpa semua. Pada awalnya, Umar sangat kritikal dan memerlukan pembedahan, tetapi sekarang dia berada di bawah pemantauan pakar.

“Aku pasti dia keluar semalam sebab nak pergi tekan ATM (mesin pengeluaran wang automatik), kemudian keluar duit gaji bulanan dia untuk disedekahkan kepada aku,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rizalman turut meluahkan rasa terharu terhadap orang ramai yang berada di lokasi kejadian kerana tampil membantu ketika insiden berlaku.

Dia juga menghargai segala bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak bagi melancarkan urusan rawatan Umar. - Gempak

 

Must Watch Video

Advertisement