KUALA LUMPUR: Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'total lockdown' di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menjelaskan perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jumaat.
"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.
"Senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan harian PKP, pada Jumaat.
BACA: 'Total lockdown' seluruh negara bermula 1 Jun - Perdana Menteri
Ismail Sabri menjelaskan, beliau berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksaan penguatkuasan SOP memandangkan semua senarai positif/negatif adalah sama seperti sebelum ini.
"Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa," katanya lagi.
Pada 29 Mei lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jun 11 2021

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

MITI jamin tiada lagi penutupan sektor ekonomi
MITI akan turut memastikan kumpulan peniaga juga tidak akan berdepan impak ekonomi sehingga memaksa beberapa sektor perniagaan terpaksa gulung tikar.

Lockdown di China? Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi, kebajikan rakyat - Khairy
Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk mengikut jejak langkah China yang melaksanakan perintah berkurung di Yuzhou selepas tiga kes postif COVID-19 dikesan bandar raya itu.

Lockdown? - "Don't mention the 'L' word", tegas Khairy
"Don't mention the 'L' word," tegas Khairy Jamaluddin ketika ditanya sama ada kerajaan akan pertimbangkan untuk melaksanakan 'lockdown' memandangkan varian Omicron semakin menular dalam negara.

'Lockdown' bukan penyelesaian kepada Omicron - WHO
Pelaksanaan total lockdown atau perintah berkurung bukan satu penyelesaian bijak kepada penularan varian baharu COVID-19, Omicron..

COVID-19: Najib cadang 'circuit breaker' di negeri catat peningkatan kes
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan melaksanakan circuit breaker atau lockdown ketat dan singkat antara lima dan tujuh hari sekiranya kes COVID-19 meningkat semula.

Kestabilan pasaran buruh pada Q1 2021 dijangka berterusan ke Q2 2021
Ini berdasarkan kadar pengangguran yang tidak berubah dan kekal stabil pada kadar purata 4.8% untuk suku pertama 2021 dan suku keempat 2020.

Tokyo 2020: Di sebalik tangisan, Dhabitah pamer semangat juang tinggi
Dhabitah menamatkan final acara tiga meter papan anjal individu wanita di Tokyo Aquatics Centre di kedudukan keempat.

Total lockdown bukan penyelesaian, patuh SOP dan tingkatkan kadar vaksinasi - Masidi
Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat.

Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama 'terkorban' akibat COVID-19 - Dr Noor Hisham
Bermula 1 Jun 2021 sehingga data terkini 16 Julai 2021, sebanyak 267 kluster komuniti dengan jumlah 17,106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.

COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.