Kerja pemadaman api di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Sepang, Selangor yang terbakar sejak Ahad lepas masih diteruskan termasuk menggunakan pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebuah pusat operasi pemadaman turut diwujudkan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbadanan Putrajaya, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Katanya kebakaran tersebut masih mengeluarkan asap tebal yang menjejaskan kawasan kediaman terdekat di Presint 15, Putrajaya yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
"Hasil siasatan mendapati kawasan berkenaan tidak berpagar dan ini memudahkan orang keluar masuk ke kawasan berkenaan. Ini adalah kes kebakaran pertama berlaku di tapak itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Junaidi berkata beliau telah mengarahkan JAS mengeluarkan notis arahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya tapak pelupusan sampah haram itu dikawal bagi mengelak kejadian sama berulang.
Wan Junaidi berkata beliau juga telah mengarahkan JAS untuk membuat siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat pemilikan tanah kawasan tersebut.
Menurutnya keluasan keseluruhan tapak pelupusan sampah haram itu adalah kira-kira 2.3 hektar dan kawasan yang terbakar pula adalah 1.2 hektar.
Wan Junaidi turut mengulangi amaran supaya semua pihak tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah dan premis mereka diceroboh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau secara tidak sengaja.
Katanya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mana-mana pihak yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000.
Mereka juga boleh didakwa mengikut akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, katanya.
Sementara itu, APMM menggunakan pesawat Bombardier CL415 MP miliknya bagi membantu operasi pemadaman api di tapak pelupusan sampah haram tersebut.
Pengarah Cawangan Operasi Udara APMM, Brig Jen Datuk Rosni Aziz berkata sebanyak 20 curahan air dilakukan bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak berkuasa tempatan memadamkan kebakaran itu.
"APMM berjaya melakukan curahan sebanyak 120,000 liter air ke kawasan kebakaran tersebut yang mana sumber airnya dari Tasik Putrajaya," katanya.
Penerbangan dilakukan Lt Kom (M) Mazlan Ariffin, Lt Kom (M) Muhammad Saad dan dibantu Laskar Kelas 1 (M) Mohd Hisyam Abdullah, bermula pukul 11 pagi tadi dan berakhir 3 petang
"Kru penerbangan tidak menghadapi sebarang kesulitan memandangkan jarak penglihatan masih melebihi 10 kilometer," katanya.
Menurut Rosni, kebakaran berjaya dikawal anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang melakukan kerja-kerja pemadaman api di darat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
![Usaha padam kebakaran tapak pelupusan sampah guna pesawat APMM Usaha padam kebakaran tapak pelupusan sampah guna pesawat APMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448681947_Forestfire.jpg)
Kebakaran tersebut masih mengeluarkan asap tebal yang menjejaskan kawasan kediaman terdekat di Presint 15, Putrajaya yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian. -Gambar hiasan
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736589504_SungaiSkudai.jpg)
Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor
Air berwarna hitam berbau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru di sini, disyaki berpunca daripada pelepasan air kumbahan dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.
![Syarikat didenda RM75,000 bina loji kitar semula tanpa EIA Syarikat didenda RM75,000 bina loji kitar semula tanpa EIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733718946_TBCourtHammer.jpg)
Syarikat didenda RM75,000 bina loji kitar semula tanpa EIA
Sebuah syarikat didenda RM75,000 kerana membina loji kitar semula sisa pepejal tanpa kelulusan EIA daripada JAS.
![JAS Pulau Pinang keluar kompaun RM374,000, kesalahan babit kenderaan JAS Pulau Pinang keluar kompaun RM374,000, kesalahan babit kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731820232_JAS.jpg)
JAS Pulau Pinang keluar kompaun RM374,000, kesalahan babit kenderaan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 187 kompaun melibatkan pelbagai kesalahan bernilai RM374,000 dalam operasi di Pulau Pinang sejak awal Januari hingga semalam di seluruh negeri berkenaan.
![Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730793020_SungaiPandan.jpg)
Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS
Pelepasan air dari loji kumbahan merupakan antara punca utama yang menyebabkan 25 sungai di seluruh negara berada dalam kategori tercemar.
![JAS Kedah siasat pembuangan sisa disyaki sarung tangan lateks di Kulim JAS Kedah siasat pembuangan sisa disyaki sarung tangan lateks di Kulim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723958808_sisabuangan.jpg)
JAS Kedah siasat pembuangan sisa disyaki sarung tangan lateks di Kulim
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menyiasat kes pembuangan sisa dipercayai sarung tangan lateks di sebuah tapak pembinaan kilang di Kulim.
![Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723343127_JASKompaun.jpg)
Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.
![Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720081710_NikNazmioperasi.jpg)
Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu
JAS Kedah berjaya membongkar operasi sebuah kilang kitar semula yang disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet makanan ikan dalam serbuan di sebuah premis di daerah Kuala Muda pada Rabu.
![Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714439670_kilangcatjpg.jpg)
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
![Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707652945_SungaiKetil.jpg)
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.