KUCHING: Kehilangan seorang warga emas yang tular media sosial pada Jumaat terjawab apabila mayatnya ditemui di Sungai Pangeran, Tabuan Jaya, Kuching, tengah hari tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Sim Tan Pheng yang menetap di Lorong Bayor Bukit 22 itu dilaporkan hilang sejak jam 4.00 petang pada Jumaat.
Penemuan mayat itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat warga emas berusia 63 tahun itu telah dihantar di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.
Menerusi kejadian sekitar 12 tengah hari itu, Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dimaklumkan mengenai penemuan satu mayat lelaki di sungai berkenaan.
Bertindak atas maklumat, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.
“Mangsa dipercayai lemas kurang daripada tempoh 24 jam berdasarakan keadaan fizikal mayatnya yang masih dalam keadaan sempurna,” katanya.
Menurutnya mayat itu ditemui dalam keadaan terapung oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sungai tersebut.
Munirah Mudzamli
Sat Jun 05 2021

Mangsa dikenal pasti sebagai Sim Tan Pheng yang menetap di Lorong Bayor Bukit 22 itu dilaporkan hilang sejak jam 4.00 petang pada Jumaat. FOTO: JBPM Tabuan Jaya
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.

Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor
Kira-kira jam 11.24 pagi Rabu, Balai Polis Pangkor menerima maklumat awam berkaitan penemuan mayat itu.

Warga emas dicari, lebih sebulan menghilang
Polis Daerah Taiping dalam satu kenyataan memberitahu, wanita itu dikenali sebagai Haliza Mohd Taib dan bekerja sebagai pembantu kedai.

Warga emas hilang ditemukan lemas
Seorang lelaki warga emas yang hilang disyaki terjatuh ke Sungai Semantan di Temerloh tengah malam Isnin lalu ditemui lemas.

Polis kesan warga emas hilang di Tampin
Polis mengesan seorang warga emas yang tidak pulang ke rumah selepas dikatakan berlaku salah faham dengan keluarganya di Gemencheh, Tampin.

Warga emas hilang ditemui meninggal dunia
Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang pada 7 Disember lepas, Aliah Omar,74, ditemui di kebun kelapa sawit peringkat 3 Felda Sungai Kelamah, Gemas di sini pada petang Rabu.

Warga emas hilang sejak dua minggu lepas ditemukan mati
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lepas ditemukan meninggal dunia dalam kawasan semak di Kampung Jumbang, Seri Menanti, Kuala Pilah.

Warga emas hilang beberapa hari ditemukan lemas
Mayat lelaki berusia 60-an ditemukan terapung di sungai dekat Kampung Air Panas Gerik.

"Painah ditemukan lemah bersama secekak lidi" - Warga emas hilang berjaya diselamat
Warga emas yang dilaporkan hilang di kebun sawit Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang, dekat sini sejak lima hari lalu, ditemui selamat, pada Isnin.

Perluas operasi cari pendaki hilang - Bomba
Operasi pagi ini diperluaskan dengan membabitkan pencarian sejauh 2 km termasuk di kawasan mangsa dipercayai jatuh.