Rakyat perlu terus bersatu dan mengekalkan perpaduan harmoni meskipun mempunyai perbezaan pandangan dan fahaman politik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata tidak ada untungnya jika saling bergaduh sesama sendiri hanya kerana tidak sependapat dalam fahaman politik.
"Jangan kita berpisah (berpecah) hanya kerana perbezaan fahaman politik, sebaliknya, kita mesti terus memperkukuh hubungan silaturahim kerana perbalahan atau tiada persefahaman (dalam politik) tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah.
"Politik bukan 24 jam. Bukan setiap hari berpolitik. Apabila sampai pilihan raya nanti, maka, ketika itu kita akan menentukan apa pilihan kita," katanya berucap merasmikan Karnival Kuala Abai di Kampung Kuala Abai, dekat sini pada Sabtu.
Salleh berkata setiap pemimpin juga perlu menjadikan parti politik sebagai platform menyatupadukan rakyat keseluruhannya dan bukan untuk memperjuang kepentingan peribadi.
Menurutnya, politik adalah wadah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan pemimpin perlu menggunakan arena itu untuk memelihara kebajikan seterusnya menjamin kesejahteraan.
Katanya setiap pemimpin jangan terlalu beremosi kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan jika bertindak mengikut perasaan, dan menyertai parti baharu belum tentu memberi apa-apa jaminan.
"Politik bukan untuk diri kita (pemimpin) tetapi demi masa depan rakyat terutama generasi muda," katanya.
Mengenai karnival, Salleh berkata ia adalah saluran untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat di kampung itu selain memperkukuh kerjasama antara mereka.
Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan dan dijadikan sebagai program tahunan dengan mempelbagaikan aktiviti yang berupaya menarik kedatangan pelancong ke kampung tersebut seterusnya membuka peluang kepada penduduk meningkatkan pendapatan.
Salleh turut meluluskan peruntukan sebanyak RM160,000 bagi menaik taraf surau di kampung itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2017

SALLEH SAID: Jangan kita berpisah hanya kerana perbezaan fahaman politik, sebaliknya kita mesti terus memperkukuh hubungan silaturahim. -Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Naik taraf pasar awam dilaksanakan di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik - Kor Ming
Kerajaan MADANI akan terus menaik taraf pasar awam usang di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Umat Islam di Selangor perlu elak perbalahan kerana fahaman politik - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin bertitah, pilihan raya telah selesai, justeru semua pihak perlu kembali bersatu padu membangunkan semula negeri itu.

Tiada keperluan wujudkan UMNO lama - Zahid Hamidi
Semangat yang ada pada UMNO lama itu harus disuntik kepada UMNO yang ada sekarang.

Khat jika tidak difahami, boleh akibatkan kekeliruan - Dr Sapora
Dalam negara berbilang kaum, agak sukar untuk mencapai keharmonian jika sesuatu perkara atau perlaksanaan dilihat dari aspek budaya emik sahaja.

Nak buat macam mana, orang Kelantan nampak hijau saja - Anwar Ibrahim
Kata Anwar, tanggungjawab parti pemerintah adalah membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh
Beliau berkata tidak ada untungnya jika saling bergaduh sesama sendiri hanya kerana tidak sependapat dalam fahaman politik.

Sifat berkasih sayang pendekatan terbaik dalam berdepan kemelut politik
Shahidan juga mempersoal tindakan pihak yang sanggup menyerang malah bermasam muka hanya kerana tidak sehaluan fahaman politik.

Penganjur, peserta Bersih 4 miskin semangat patriotik Najib
Penganjur dan peserta perhimpunan haram Bersih 4 "cetek dan miskin" semangat patriotik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan negeri dibantu walaupun berbeza fahaman politik - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua kerajaan negeri akan dipastikan mendapat bantuan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan meskipun berbeza fahaman politik.