Skip to main content

Sukan

Bekas penyerang England, Raheem Sterling didakwa memandu secara berbahaya

Soccer Football - FA Cup - Quarter Final - Chelsea v Leicester City - Stamford Bridge, London, Britain - March 17, 2024 Chelsea's Raheem Sterling REUTERS/Dylan Martinez
Sterling, 31, dituduh memandu secara berbahaya, memiliki nitrus oksida untuk tujuan penyedutan secara salah serta gagal memberikan spesimen. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

LONDON: Bekas penyerang England Raheem Sterling didakwa memandu secara berbahaya dan memiliki nitrus oksida selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Lamborghini di lebuh raya, lapor PA Media/dpa memetik polis.

Polis Hampshire dan Isle of Wight memaklumkan pertuduhan itu dibuat susulan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan di laluan arah selatan Lebuhraya M3 berhampiran persimpangan bertingkat Minley pada 28 Mei lepas.

Sterling, 31, dituduh memandu secara berbahaya, memiliki nitrus oksida untuk tujuan penyedutan secara salah serta gagal memberikan spesimen.

Polis memaklumkan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu dan tiada kecederaan dilaporkan.

Sterling dari Berkshire dijadual hadir di Mahkamah Majistret Basingstoke untuk pendengaran kes pada 15 Sept ini.

Beliau menjaringkan 20 gol dalam 82 penampilan bersama England dan membantu skuad kendalian Gareth Southgate mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 serta final Euro 2020. Sterling kini tidak terikat dengan mana-mana kelab.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Must Watch Video

Advertisement