Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang mengesahkan akan menyertai dua pusingan awal Kejohanan Trek Piala Dunia bagi memburu tiket ke Kejohanan Dunia UCI 2018 di Apeldoorn, Belanda.
Beliau akan menyertai pusingan pertama siri itu di Pruszkow, Poland dari 4-5 Nov serta pusingan kedua di Manchester, England pada 10-12 Nov nanti.
Juara keirin dunia itu berkata penyertaan tersebut adalah penting untuk semua pelumba trek bagi mengutip mata untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia.
"Saya dan jurulatih, John Beasley masih belum mengadakan perbincangan lanjut mengenai kejohanan yang bakal saya sertai selepas Kejohanan Dunia di Hong Kong, baru-baru ini tapi perancangan awal beliau adalah untuk saya menyertai dua pusingan awal Piala Dunia sebelum kembali berlatih di Melbourne, Australia," katanya.
Mohd Azizulhasni yang merupakan Duta CIMB berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pameran Kerjaya Siswazah dan Lepasan Ijazah 2017 di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau kurang bersetuju dengan cadangan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang berhasrat memindahkan pusat latihan skuad berbasikal trek negara dari Melbourne ke Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.
Mohd Azizulhasni menjelaskan beliau sudah selesa menjalani latihan di negara kanggaru itu sejak 10 tahun lepas yang disifatkannya mempunyai antara fasiliti terbaik di dunia selain jadual pertandingan yang sistematik.
"Mereka (PKBM) boleh pindahkan atlet di bawah program mereka dari Melbourne ke negara ini tetapi saya berada di bawah Program Podium di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Kalau KBS cakap saya kena pulang ke tanah air, saya akan pulang. Namun mengikut perancangan ketika ini adalah kekal menjalani latihan di Australia. Sudah terbukti sepanjang 10 tahun berada di sana, ia banyak membantu saya meraih kejayaan cemerlang," tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Azizulhasni bangga diberi penghormatan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk merasmikan Velodrom Nasional bersama legenda berbasikal negara seperti Datuk Ng Joo Ngan dan Rosman Alwi pada 25 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2017
Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang (dua, kiri) dan ratu skuasy negara Datuk Nicol David (kiri) berkongsi pengalaman semasa sesi perbualan bersama pengunjung sempena program Graduan Aspire 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
Azizulhasni sertai dua pusingan awal Piala Dunia 2017
Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang mengesahkan akan menyertai dua pusingan awal Kejohanan Trek Piala Dunia bagi memburu tiket ke Kejohanan Dunia UCI 2018 di Apeldoorn, Belanda.