KUALA LUMPUR: Pemain golf profesional negara Gavin Kyle Green secara rasminya layak untuk bertanding mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo, bulan depan.
Persatuan Golf Malaysia (MGA) berkata Gavin yang kini berada di Jerman melakukan persiapan untuk Terbuka Antarabangsa BMW hujung minggu ini berjaya melayakkan diri setelah menduduki ranking ke-56 daripada 60 pemain golf dalam Ranking Olimpik di akhir tempoh kelayakan pada Isnin.
Sukan Olimpik Tokyo merupakan penampilan keduanya di acara sukan terbesar dunia selepas edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
"Mewakili negara sememangnya satu penghormatan buat saya dan melakukannya di peringkat Olimpik untuk kali kedua adalah lebih istimewa. Saya memang menantikan saat ini," kata pemain berusia 27 tahun itu dalam kenyataan semalam.
Menurut kenyataan itu, Gavin mengumpul mata dengan konsisten daripada Jelajah Eropah sebaik sahaja pertandingan jelajah itu bermula selepas sekatan perjalanan di seluruh dunia berikutan pandemik COVID-19 awal tahun ini dan pencapaian terbaiknya ialah tempat ketiga di Antarabangsa Saudi, Februari lepas.
Pada masa sama, MGA berkata adalah "selamat" untuk mengatakan seorang lagi pemain golf negara, Kelly Tan, 27, akan layak ke Sukan Olimpik Tokyo buat kali kedua berturut-turut dan pada masa ini beliau berada dalam keadaan selesa di kedudukan ke-41 Ranking Olimpik di hadapan tarikh akhir penentuan pada 28 Jun ini.
"Mereka bekerja keras biarpun berhadapan cabaran semasa pandemik untuk mengekalkan dan memperbaiki kedudukan dalam Ranking Olimpik bagi melayakkan diri buat kali kedua," kata Presiden MGA Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dalam kenyataan itu.
"Pasukan saya dan saya sendiri di MGA mengucapkan setinggi tahniah kepada Gavin Green dan Kelly Tan kerana bersungguh-sungguh mengumpul mata untuk melayakkan diri mereka ke Olimpik Tokyo," katanya lagi.
Mohd Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan di atas geran yang diberikan kepada kedua-dua atlet.
Pertandingan golf Olimpik Tokyo akan berlangsung di Kasumigaseki Country Club, Saitama, dari 29 Julai hingga 1 Ogos untuk lelaki dan dari 4 hingga 7 Ogos bagi wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

Gavin Kyle Green ketika beraksi pada pusingan akhir Kejohanan Golf Maybank 2019 di Saujana Golf and Country Club, Subang, 24 Mac, 2019. - Gambar fail BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Tiger Woods akui dirinya 'tidak kompetitif' sekembalinya beraksi
Woods akan bergandingan dengan anaknya, Charlie, di Kejohanan PNC di Orlando hujung minggu ini.

JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.

Golf: Muhammad Afham tempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida
Atlet berusia 13 tahun itu menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad lepas.

Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.

SUKMA 2024: Wakil Sarawak Anson, Mirabel juara kejohanan golf
Anson Yeo Boon Xiang dan Mirabel Ting masing-masing dinobatkan juara bagi kategori lelaki dan wanita pada kejohanan golf SUKMA 2024.

Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024
Pemain berusia 30 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay.

MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025
Senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa.

Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.

Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.

Pahang tubuh Akademi Golf Pahang Barat
Akademi itu yang dikelolakan MSP akan 'bertapak' di Padang Golf Raub, yang sedang dibaik pulih sebelum dibuka kepada umum tidak lama lagi.