Skip to main content

Berita

[TERKINI] Najib Razak tinggalkan Penjara Kajang

Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat keluar dari Penjara Kajang, hari ini.  - Foto Bernama
Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat keluar dari Penjara Kajang, hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

KAJANG: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan perkarangan Penjara Kajang pada jam 2.37 petang tadi, bagi menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Najib, 73, menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dengan kawalan ketat beberapa kenderaan pengiring serta sebuah van Jabatan Penjara Malaysia.

Perkembangan ini sejurus selepas peguam beliau, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, menyerahkan surat perintah pembebasan tahanan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kepada pihak pengurusan penjara pada jam 2.15 petang.

Advertisement

Najib selesai melunaskan denda RM50 juta di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi jam 1 tengah hari tadi.

Must Watch Video

Advertisement