Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas pada 2007 boleh dijadikan panduan untuk rakyat kekal positif meskipun berada di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19.
Beliau sedar keadaan semasa amat mencabar kekuatan mental, fizikal dan psikologi setiap rakyat apabila menerima tekanan akibat gangguan rutin seharian yang terbatas.
"Kami (angkasawan) telah diuji kekuatan mental, fikizal dan psikologi, bagi saya kekuatan minda itu paling penting memang nak ke angkasa lepas risikonya tinggi tetapi kami diajar untuk memisahkan logik dan emosi untuk membuat sesuatu keputusan.
"Jadi berbalik kepada PKP, bukan mudah dan bukan senang tapi amat penting seseorang mempunyai kekuatan mental. Gunalah masa ini untuk bonding bersama anak-anak, saya sendiri menghabiskan banyak masa bersama anak-anak seperti mengajar mereka, memasak, melukis, main board games dan banyak perkara boleh kita buat.
"Juga beberapa perkara yang saya tidak boleh buat sebelum ini seperti membaca buku, juga menulis buku mengenai parenting dapat saya lakukan.
"Jadi nasihat saya, buat sesuatu yang boleh menenangkan jiwa kita, bersolat dan meditasi juga memainkan peranan yang penting. Banyakkan berhubung dengan kawan-kawan dan orang yang tersayang supaya anda tidak rasa beban tinggal di rumah dalam jangka masa waktu yang panjang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Sheikh Muszaphar kongsi pengorbanan isteri berisiko terdedah COVID-19
Meskipun pada awalnya agak sukar bagi sesetengah rakyat untuk tinggal di rumah seperti disarankan kerajaan, namun keselamatan semua ujarnya adalah tanggungjawab setiap individu di negara ini.
"Memang tidak dinafikan Perintah Kawalan Pergerakan ini memberi kesukaran kepada semua rakyat Malaysia, sekarang lebih dua minggu perintah ini dilaksanakan. Namun masih ada yang berdegil dan tidak mematuhi arahan, ini sesuatu yang membimbangkan dan melibatkan seluruh rakyat Malaysia.
"Ketika ini, adalah sangat penting kita mesti faham tentang bencana COVID-19 ini, ia bukan sahaja menyerang orang tua tetapi juga menyerang golongan muda dan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di udara dua hingga tiga jam, sebab itu dikatakan social distancing (penjarakan) itu amat penting dan virus ini boleh berada di pelbagai permukaan selama dua-tiga hari," jelas beliau lagi.
Justeru, jika setiap rakyat sedar akan bahayanya ancaman COVID-19 ini, beliau percaya rantaian virus itu boleh diputuskan dengan kerjasama semua pihak dan bukan hanya dari petugas barisan hadapan.
Fareez Azman
Mon Mar 30 2020

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas pada 2007 boleh dijadikan panduan untuk rakyat kekal positif. - Gambar fail

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Apakah itu di langit? Ini 5 cara terbaik untuk melihat meteor
Hujan meteor merupakan objek angkasa lepas yang bergerak di antara planet dan melintasi atmosfera Bumi.

PKP: Pengalaman saya di angkasa mampu dijadikan panduan - Sheikh Muszaphar
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, berkata pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas pada tahun 2007 boleh dijadikan panduan untuk rakyat.

Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai
Batu angkasa berais dinamakan Ultima Thule itu, kelihatan seakan kacang, terletak di tengah-tengah Kuiper Belt di sekeliling orbit planet Neptun.