Skip to main content

Malaysia

Ropie pengsan ketika penggambaran, dipercayai strok haba

Cemas! Ropie Pengsan Di Lokasi Penggambaran -- GEMPAK
Insiden berkenaan mencetuskan suasana cemas dalam kalangan kru produksi dan pelakon yang berada di lokasi penggambaran.
Advertisement

PELAKON dan pelawak popular, Ropie, dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran luar di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, pada Jumaat.

Perkara itu dikongsikan pelakon Zalif Sidek menerusi hantaran di Instagram yang memaklumkan kejadian berkenaan berlaku secara mengejut ketika mereka sedang menjalani sesi penggambaran.

Menurut Zalif, Ropie rebah dan tidak sedarkan diri tanpa sebarang petanda ketika berada di lokasi berkenaan.

“Sesuatu yang tidak pernah kita sangka.

“Semalam ketika menjalani penggambaran luar di Bangunan SUK Selangor, tiba-tiba sahabat dan abang kita, Ropie, jatuh serta pengsan secara mengejut.

“Nasib baik ketika itu Jasper Supayah berada berhampiran. Keadaan itu dipercayai berpunca daripada strok haba ditambah dengan keadaan cuaca berjerebu ketika ini. Allahuakbar,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Zalif berkata, insiden berkenaan mencetuskan suasana cemas dalam kalangan kru produksi dan pelakon yang berada di lokasi penggambaran.

Katanya, keadaan yang pada mulanya berjalan seperti biasa bertukar menjadi detik mencemaskan apabila Ropie tiba-tiba rebah.

“Dalam sekelip mata, suasana penggambaran yang biasa bertukar menjadi cemas. Kami semua hanya mampu berdoa agar Ropie diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai rakan artis dan netizen menzahirkan rasa bimbang selain menitipkan doa agar pelawak berkenaan segera pulih dan kembali sihat. - Gempak

Must Watch Video

Advertisement