Skip to main content

Hiburan

Super Bowl: Beyonce tidak keseorangan

81359378823_295x200.jpg
81359378823_295x200.jpg

Advertisement

Beyonce tidak akan keseorangan ketika persembahan Super Bowl pada 3 Februari nanti.

Walaupun penyertaan Destiny's Child masih belum disahkan namun ramai lagi yang bakal terlibat bagi menjayakan persembahan 30 minit itu.

Penyanyi wanita itu turut berkongsi foto sewaktu acara raptai di akaun Instagram pada Jumaat.

Seperti kebiasaan, acara pada waktu rehat liga NFL melibatkan produksi besar.

Ia termasuk sistem bunyi, pentas, pereka kostum dan puluhan pakar bagi memastikan persembahan berjalan sempurna.

Tidak ketinggalan barisan penari yang bakal mengiringi persembahan Beyonce.

Must Watch Video

Advertisement