Skip to main content

Malaysia

Komited tingkatkan kehidupan kaum India

81359107160_295x200.jpg
81359107160_295x200.jpg

Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua penganut agama Hindu maklum bahawa kerajaan komited meneruskan usaha meningkatkan kehidupan kaum India.

Beliau menyatakan demikian dalam entri terkini blog 1Malaysia, bertajuk Thaipusam 2013.

Ujar Najib, kerajaan akan membantu semua penganut hindu, dan bekerja bersama-sama ke arah mengatasi cabaran yang dihadapi serta mengecapi kejayaan yang diusahakan.

Menurut beliau, nambikei atau kepercayaan yang berterusan antara kerajaan dan rakyat, segala perancangan yang diatur kerajaan kepada kaum India, sudah tentu akan dapat dicapai.

Beliau turut mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua kaum India.

Must Watch Video

Advertisement