Skip to main content

Malaysia

Lelaki melecur dalam kebakaran tiga rumah setinggan

https://www.sinarharian.com.my/article/793236/berita/semasa/lelaki-melecur-dalam-kebakaran-tiga-rumah-setinggan
Keadaan kebakaran tiga rumah di Kampung Kasipillay Sentul, awal pagi ini. - Foto JBPM Kuala Lumpur
Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki melecur pada badan dan kaki dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah setinggan di Kampung Kasipillay Sentul di sini, awal pagi Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa berusia 26 tahun itu kemudian dihantar ke zon merah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran rumah itu melalui talian NG999 pada jam 1.15 pagi.

"Seramai 28 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta bantuan BBP Hang Tuah dan BBP Gombak Selatan bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan tiga rumah setinggan separuh kekal (bangunan kelas C).

"Kebakaran mengakibatkan 100 peratus kemusnahan terhadap struktur yang terlibat. Api telah berjaya dikawal sepenuhnya, punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik," ujarnya. - Sinar Harian

 

 

Must Watch Video

Advertisement