Pernahkah anda membayangkan Bandar raya Kuala Lumpur yang ketika ini dipenuhi dengan lautan konkrit, bakal berubah wajah menjadi bandar penuh kehijauan hutan?
Menarik, namun realitinya ibu kota yang dipenuhi penduduk seramai 1.8 juta, dan sering kali sesak dengan kenderaan di jalan-jalan utamanya, menyaksikan pembangunan dan kerja pembinaan berterusan berlaku di setiap sudut bandar raya ini.
Namun ia bukan pula perkara yang mustahil. Pelbagai usaha sudah dijalankan dalam menjadikan Kuala Lumpur bandar hijau, melalui konsep 'bandar dalam taman', menjadikan persekitaran lebih selesa, selamat dan kondusif sebagai tempat bekerja, bermain dan tempat tinggal.
Ini termasuk pelaksanaan program penghijauan di bawah inisiatif Greater Kuala Lumpur. Menariknya, aktiviti penanaman pokok yang disasarkan sebanyak 100,000 batang di Kuala Lumpur menjelang 2020, kini diharap dapat diperluaskan.
Konsep Bandar Hutan
"Kita melihat ada keperluan dalam perkara ini kerana konsep 'hutan dalam bandar' belum kuat. Kita lebih tertumpu memenuhi sasaran ditetapkan, mewujudkan kawasan hijau namun sekarang kami akan meneliti semula konsep penanaman dan juga kaedah penghijauan," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib ketika diwawancara Bernama sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013.
Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap 1 Feb dan tahun ini untuk ulang tahun ke-39. Kuala Lumpur ialah satu daripada tiga Wilayah Persekutuan di negara ini, dua lagi ialah Putrajaya dan Labuan.
Konsep hutan dalam bandar boleh didefinisikan sebagai hutan atau sekumpulan pokok yang tumbuh di kawasan bandar, pekan atau sub-bandar sama ada secara semula jadi atau ditanam semula.
Hutan bandar amat penting dalam memastikan kualiti alam sekitar dan kesejahteraan manusia terpelihara. Malah ia merupakan antara kaedah terbaik mengenali pokok-pokok hutan apabila setiap pokok akan ditanda dengan nama biasa dan saintifik selain mempelbagai elemen keunikan bandar raya.
Ini selaras matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak mahu melihat wajah Wilayah Persekutan hanya dihiasi dengan keindahan bangunan pencakar langit.
Dengan terlaksananya konsep hutan bandar, aktiviti riadah, senaman, dan menghirup udara segar tidak sekadar tertumpu kepada taman-taman sedia ada, tetapi orang ramai boleh menikmatinya di mana-mana sahaja.
Meterai MoU dengan FRIM
Bagi memperhebat program penghijauan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengambil langkah untuk mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
MoU itu bertujuan mewujudkan perkongsian pintar antara DBKL dan FRIM bagi mengenal pasti pokok-pokok hutan dan yang bertujuan saintifik untuk dikaji ditanam di kawasan bandar.
Selain itu, ia bermatlamat memastikan pokok-pokok yang ditanam sebelum ini tumbuh subur.
"Tumpuan memang diberikan kerana DBKL memperoleh RM14 juta untuk penanaman pokok bagi program penghijauan ini. Jadi, pokok yang kami hendak tanam nanti perlu dirancang supaya mana-mana kawasan stabil boleh ditanam pokok mengikut pertimbangan pengekalan hutan dan juga tujuan saintifik melalui konsep botani.
"Kita perlu tengok bagaimana Singapura telah bergerak kepada membawa pokok-pokok hutan ke dalam kawasan bandar kerana ingin menjadikannya banda raya hutan. Kita kaya dengan khazanah hutan umpamanya meranti, merbau. Bagi mereka yang ingin tahu pokok hutan Malaysia, satu daripada caranya ialah melalui konsep hutan bandar," katanya.
Panel Penilai
Usaha mewujudkan kelestarian persekitaran Kuala Lumpur untuk sentiasa segar, tidak boleh berpaksikan kepada peranan pihak berkuasa tempatan itu sahaja.
Kerjasama pihak swasta juga penting bagi merealisasikan matlamat merubah Kuala Lumpur dan Lembah Klang menjadi antara 20 bandar raya di dunia yang berkembang dari segi ekonomi dan taraf hidup menjelang 2020,
Melihat akan kepentingan ini, DBKL bersama FRIM bersetuju menubuhkan Panel Penilai (merujuk cadangan landskap) bertujuan memberi nasihat kepada pemaju dalam menjayakan konsep hutan bandar.
Penekanan turut diberikan kepada peruntukan minimum 10 peratus dalam mewujudkan keceriaan kawasan landskap bagi mana-mana pemaju yang ingin mengemukakan cadangan pembangunan kepada DBKL.
"Sekiranya mereka cuma dapat menyediakan lapan peratus bagi landskap di atas tanah, pemaju hendaklah menyediakan pembangunan tanaman pokok di tingkat atas sebanyak 16 peratus, berganda daripada di bawah.
"Ini (konsep taman atas bangunan) akan juga kami beri perhatian," kata Ahmad Phesal.
Taman
Penelitian penanaman dan program penghijauan turut meliputi taman-taman sedia ada.
Untuk tujuan ini, DBKL bersama FRIM sedang mengadakan inventori mengenal pasti kaedah menghutankan kembali Taman Rimba Bukit Kerinchi, antara satu daripada 19 taman rekreasi di sekitar bandar raya.
Bagi menambah aktiviti keseronokan beriadah, DBKL juga telah menerapkan konsep 'CASH' iaitu - kreatif, aktif, suka bersukan dan sihat - antaranya dengan melantik jurulatih senamrobik dan tai chi.
Ia merupakan sebahagian daripada langkah strategik yang diambil pihak berkuasa bagi mengurangkan tekanan warga bandar dan menjalankan aktiviti sihat bersama keluarga.
Kesesakan lalu lintas
Mensejahterakan kehidupan warga bandar tidak tertumpu kepada mewujudkan koridor hijau semata-mata, malah ia merangkumi aspek paling penting yakni, pengangkutan.
Mengenai masalah kesesakan lalu lintas, Ahmad Phesal berkata terdapat beberapa inisiatif telah digariskan bagi meningkatkan peratusan pengguna pengangkutan awam.
Antaranya, menyediakan konsep 'Park & Ride' yang memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan di kawasan tertentu dan menggunakan sistem pengangkutan rel atau bas untuk masuk ke pusat bandar. Dalam masa yang sama perkhidmatan GoKL City Bus akan ditingkatkan.
"Bagi projek Park & Ride, setakat ini dua projek telah pun diberi kelulusan untuk pelaksanaannya iaitu di Sungai Besi dan Bandar Tasik Selatan.
"Kami memperuntuk lebih kurang RM200 juta bagi menyediakan pelbagai kemudahan seperti tandas dan pusat membeli-belah untuk membolehkan warga kota selesa dengan konsep Park & Ride ini," katanya.
Selain itu, fasa pertama pembinaan projek Aliran Transit Massa (MRT), yang dijangka disiapkan mengikut jadual pada akhir tahun 2016 dapat membantu menyelesaikan kerumitan masalah kesesakan lalu lintas.
Pelaksanaan fasa pertama Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang, yang melibatkan kos pembinaan tidak melebihi RM23 bilion, bermula dari stesen Sungai Buloh ke stesen Semantan.
Menurut Ahmad Phesal, warga Kuala Lumpur juga akan dapat menikmati kemudahan laluan pejalan kaki dari stesen yang bersambung dengan bangunan-bangunan.
Sambutan Hari Wilayah
Dalam merancakkan kehangatan sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini, buat julung kalinya orang ramai yang hadir ke majlis pelancarannya di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak pada 2 Februari, berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti kereta Myvi Edisi Khas, motosikal
Honda, tiket penerbangan, telefon pintar, barang elektrik dan banyak lagi.
Bertemakan 'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan', ia dipilih bagi menggambarkan nilai-nilai perpaduan yang masih kukuh diamalkan oleh seluruh warga ibu kota.
Ahmad Phesal mengajak semua warga KL supaya bersama-sama meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung sepanjang Februari dengan pelbagai acara menarik.
Antaranya Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 2 Februari dan Kenduri 1Wilayah yang diadakan buat pertama kali secara serentak di kesemua 11 kawasan parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 17 Februari.
Tidak terkecuali, warga Wilayah Persekutuan juga bakal menikmati banyak tawaran dan diskaun istimewa antaranya kompaun trafik yang dikeluarkan DBKL dikenakan bayaran RM30 bermula 1 Februari hingga 28 Februari, penggunaan secara percuma kemudahan sukan DBKL dan hanya RM1 dikenakan untuk menaiki bas 'Hop on Hop Off' (1 Februari).
Sebuah Konsert Diraja percuma yang menampilkan artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 1 Mac.
Bernama
Wed Jan 30 2013
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
Menara hijau di Paris menjelang 2050?
Paris menyasarkan untuk mengurangkan 75% pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050 dengan projek "2050 Paris Smart City".
Hari Wilayah wujudkan kesedaran masyarakat
Hari Wilayah tidak boleh hanya dilihat sebagai cuti umum, sebaliknya hari bersejarah itu perlu difahami masyarakat terutama generasi muda.
Mengubah imej KL menjadi bandar hijau
Pelbagai usaha sudah dan sedang dijalankan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar hijau melalui konsep 'bandar dalam taman'.