Astro bakal mencatat rekod dunia Guinness bagi aktiviti pembersihan dasar laut terpanjang secara berterusan selama 168 jam di Taman Marin Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu.
Ia akan disertai para penyelam secara sukarela bermula dari 6 hingga 13 April 2013.
Diberi nama 'Beautiful Malaysia', ia dilancarkan Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Astro dalam mempromosikan eko-pelancongan di kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Kewangan Astro Fuaad Kenali, program tersebut mampu meningkatkan kesedaran mengenai pemuiharaan kehidupan dan persekitaran marin.
“Astro Kasih, program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) membenarkan Astro dan kakitangan-kakitangan kami untuk membantu masyarakat, komuniti, termasuk memelihara persekitaran menerusi program Beautiful Malaysia,” kata Fuaad.
Ia juga merupakan keseinambungan program yang dilakukan pada tahun 2011 dimana berjaya memecahkan rekod Malaysia dengan memindahkan 777 Batu Karang di terumbu karang Ribbon Taman Marin Tun Sakaran.
Beliau berharap program Beautiful Malaysia untuk terus membuat perubahan tahun demi tahun.
Sekali gus dapat mendidik rakyat malaysia tentang kepentingan mewujudkan Malaysia yang indah demi menarik minat pelancong dalam dan luar negara.
Astro Awani
Thu Jan 24 2013

Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.

Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.

Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.

Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.