Bagi mendapatkan barisan pemain terbaik, ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal turut membuat tinjauan perkembangan pemain dalam Liga Malaysia selain nama yang disenaraikan untuk dipanggil mengikuti latihan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015.
Beliau berkata pemantauan yang dilakukan itu merupakan salah satu tugasan yang perlu dilakukan bagi memantau perkembangan pemain kebangsaan.
"Kalau kita boleh nampak pemain yang bersinar atau bermain dengan baik, kita akan bagi peluang kepada mereka yang menunjukkan permainan yang baik dan konsisten.
"Saya juga berharap pemain yang sedia bermain untuk pasukan kebangsaan ini akan bermain dengan baik dalam semua perlawanan Liga Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Terengganu di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.
Beliau turut mengakui dua pemain Pahang, Mohd Hafiz Kamal dan Mohd Fauzi Rozlan yang menunjukkan persembahan menarik dalam setiap perlawanan, antara pemain dalam senarainya untuk dipanggil mengikuti latihan berkenaan.
Menurutnya pemain yang mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha juga perlu dipanggil mengikuti latihan berkenaan bagi membantu pasukan kebangsaan.
"Persembahan kurang memuaskan dua pemain itu bukan alasan untuk kita tidak panggil mereka sertai pasukan kebangsaan, dengan pengalaman yang ada selain kita turut memanggil beberapa muka baharu," katanya.
Beliau yang baru pulang dari Bahrain turut membuat pemerhatian terhadap pasukan yang bakal ditentang pada pusingan kelayakan Piala Asia untuk membuat persediaan lebih rapi.
Saingan kelayakan Piala Asia 2015 dijadual bermula 6 Feb depan dengan 20 pasukan akan dibahagi dalam lima kumpulan merangkumi empat pasukan.
Dua pasukan teratas selepas mengharungi enam perlawanan timbal balik akan layak ke pusingan akhir di Australia, 4 hingga 26 Januari 2015.
Dalam pusingan kelayakan itu pasukan negara diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Bahrain dan Yemen.
Bernama
Wed Jan 23 2013
![Rajagobal tinjau pemain untuk kelayakan Piala Asia Rajagobal tinjau pemain untuk kelayakan Piala Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/41353460474_120x90.jpg)
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638048225_Sivasundaram.jpg)
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
![Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738313576_NEYMAR.jpg)
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
![Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738196129_tbNeymarTattooKai.jpg)
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
![Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd? Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738032602_paulpogba.jpg)
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
![Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738029684_Neymar.jpg)
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
![Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski? Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738026691_hairudinomar.jpg)
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
![Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737862623_PenangFootballClub.jpg)
Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.
![Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737758076_KyleWalker.jpg)
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
![Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737669631_TBCklamovski.jpg)
Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar
Prinsip pintu terbuka Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain mencerminkan visi progresifnya.
![Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737687631_TBjersiindon.jpg)
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.